Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Oktober 26, 2009

Good Luck !!!


Tahun ini atas dasar ilmu dan pengetahuan PPT telah dipertemukan dengan satu golongan baru dalam FSR. Ini pun kerana subjek matapelajaran 'Outdoor Recreation' masih dibawah naungan Tuan Hisyam Che Mat (HICMat). Tak lain dan tak bukan kumpulan PLK-PDRM dan juga geng E-PJJ yang lebih kurang 20 orang lebih dari LLP hingga ada jugak la pegawai. Tapi ada la jugak geng awam dalam kumpulan jugak kot.
Kumpulan nie sempoi sikit, kebanyakannya dah otai-otai tapi masih lagi ada yang muda-mudi, ada lemak berkrim disukai ramai dan macam-macam lagi lah. Pengalaman kumpulan mengikut kemahiran masing-masing telah diaplikasikan dalam 'Outdoor Recreation'.
Banyak ilmu yang PPT dapat bergaul dengan kumpulan-kumpulan nie. Dalam eri kata lain depa nie pun lebih kurang perangai yang lain-lain. Ada masa 'screw' 'loose' jugak time kelas 'Outdoor Recreation' dan ada masa jadi elok.
Dari dulu sampai sekarang PPT masih dok pikiaq macam mana la pensyarah 'mengawal lalu-lintas' kumpulan-kumpulan nie dari dulu sampai sekarang. Yela dengan ada yang suka menyanyi tak kira pagi petang, ada yang 'admire' pensyarah, ada yang suka 'ganggu bag' pensyarah dan macam-macam lagi. Untuk pensyarah tahniah diucapkan kerana berjaya membawa mereka hingga ke hari ini.
PPT mengkategorikan depa nie semua berkemahiran tinggi. Ada sebab dan pasainya tapi tak yah la bagitau naaaa.....
Akhir kata saya Mazlin bin Othman atas nama dan berkat ilmu guru-guru saya Memohon Ampun dan Maaf sekiranya 'pedas dan berapi' saya ini ada pernah menyinggung sesiapa dalam kumpulan-kumpulan ini. Moga ALLAH S.W.T memberkati ilmu yang telah dipelajari dan permudahkan urusan tuan/puan/cik/encik/kakak/adik dalam menempuhi Final Exam terutamanya matapelajaran 'Outdoor Recreation' insyaALLAH.
Umur panjang dengan izin ALLAH anda semua akan menempuhi 'konvokesyen' jangan lupa bawak tisu banyak-banyak, jangan tinggalkan blog anda bersawang 'last but not least stay tuned and don't lost contact'.


'I salute you all'

Khamis, Oktober 22, 2009

Roll-Out


Kepada yang terpilih - Dah tiba masanya anda bertukar, bertugas dan berbakti. Berat amanah yang dimandatkan oleh semua tapi ingat 'study' jangan lupa dan bukan alasan untuk tidak tunaikan tanggungjawab.
Kepada yang tidak terpilih - Bukan berhenti disitu sahaja, sebab anda masih lagi belum tertukar. Marilah kita mengindahkan lagi apa yang dah cantik. Bertukar kepada Decepticon tidak mendatangkan kebaikan.
Kepada yang tidak memilih - Perjalanan kita masih jauh, walaupun selama ini hidup bersubsidi.
Kepada yang rasa perlu dipilih - Sekiranya tidak mendapat apa yang dikehendaki, itu semua dugaan ALLAH kepada kita. Menjadi Decepticon dengan keluar dari persatuan adalah keputusan mengikut nafsu dan bukan profesional. Berita paham kalau umur muda, kurang berfikir panjang tapi 'baik bertanya dari sesat jalan'.
Kepada yang dulu-dulu dah dipilih - Marilah kita 'support' yang mana patut walaupun kadang-kadang kita terpaksa mengundang diri sendiri.

Isnin, Oktober 19, 2009

Lepaih Satu...Satu....


Minggu lepas golongan ALUMNI FSR terutamanya ALUMNI PERLU dikejutkan dengan senario wayang celaka dimana antara aktiviti terpenting hidup berpersatuan dipermainkan ibarat nak beli tiket tengok wayang... sat jadi .... sat tak jadi.....
AGM mula kata sat jadi..... lepaih tu kata sat tak jadi..... lepaih tu postponed.... lepaih tu macam-macam la lagi. Kad jemputan yang cantik dan berwarna warni dihujani dengan kesilapan dalam ejaan. Kata budak universiti tapi Discipline of Execution 'total loss'. Itu tak termasuk nak buat TOT tapi kalau sampai budak tak sampai 10 orang, baik buat TOT masak nasi beriyani ka apa ka. DEpa nie ingat TOT nie benda lekeh sangat dan untuk cukupkan syarat.
Lepaih tu bangga pakai baju ada tulih INSTRUCTOR sana sini, orang awam baca mesti la gempaq tapi pada hakikatnya hanya kita dan keluarga kita yang tahu.
Adakah PERLU UiTM nie sekadar persatuan untuk meloloskan diri semasa di FSR supaya dapat dimasukkan dalam resume dan buat surat penghargaan sendiri dan kita-kita jugak yang tandatangan..... Yelah kan nama pun dah gempaq ..... MT...... Tak habih dengan cakap belakang, mengata yang bukan-bukan, mencuri, cuba menjatuhkan orang lain menggunakan jantina, terasa diri hebat sangat sampai lupa asal usul diri sendiri...
Ingatlah sebelum menjadi PERLU, you are nothing .... dan bila berjawatan sikit dah terasa terlebih kuasa dan pandai dari orang lain.
Biasa la lepaih post nie dapat ditonton, mula lah keluaq seribu satu alasan diberikan demi pertahanan individu yang tak mengenal erti kesilapan dan kesalahan....


Kita masih lagi dalam bulan Syawal.... Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Jumaat, Oktober 16, 2009

Khamis, Oktober 15, 2009

Journey To The North - Pengkalan Hulu (Part 2)

Tu dia.................
Kami nak pi lagi insyaALLAH tahun depan dalam bulan Februari masa cuti panjang Tahun Baru Cina....
Anda berminat.... Mudah saja....................
Tuan/Puan/Dato/Datin/Tan Sri/ Puan Sri adalah diminta mendaftarkan diri anda dengan ABE. Senang cari geng yang ada kenderaan dan leh masuk 4 orang satu kereta.... Apa tunggu lagi.... Pengangkutan dan lain-lain sendiri mau ingat la... simpan duit la nie la....
Jadi.... jangan tunggu lagi pasai masa amat terhad.....
Hanya mereka yang sukakan pengorbanan tapi mementingkan kepuasan sahaja mampu bertahan... Anda berani mencuba?
Tarikh tutup adalah pada hari kami rasa dah ramai sangat mendaftar dan confirm nak ikut... TQ
PPT

Selasa, Oktober 13, 2009

Tiga Tahun Tiga Kali






Syukur pada ALLAH S.W.T kami sekeluarga dapat menyambut hari lahir ke-3 tahun Wan Nurul Maisarah. Cuma kali nie agak best kerana adanya Maklong yang turut sama menyertai. Tapi yang seronoknya besday Maisarah disambut tiga kali dalam tahun ini. Pertama di Rumah Rehat Grik bersama Uncle Shawn, kedua di Murni Camp Gopeng jugak bersama Uncle Shawn dan yang ketiga adalah semalam di 'Home of the Highlanders' Alpha Arena bersama ibu dan maklong.
Apa pun terima kasih kepada mereka-mereka yang telah menaja kek sambutan Hari Lahir Wan Nurul Maisarah dan Uncle Shawn. Hanya ALLAH S.W.T dapat membalas jasa. Moga rezeki kami sekeluarga akan bertambah InsyaALLAH dengan kekuatan doa dari kawan-kawan dan adik-adik sekalian.

Isnin, Oktober 12, 2009

Ustat Oh Ustat


Semalam PPT sekeluarga termasuk geng trip Pengkalan Hulu sempat jugak ke Gopeng dimana Final Camp budak diploma 'full time' berkampung disana. PPT singgah untuk memberi peluang kepada besday girl Wan Nurul Maisarah mandi manda sebelum pulang ke Puchong. Biasa la dia dah lama tak mandi sungai. 'PFD' dan 'booties' dia pun dah kering sangat dan bukan macam selalu lambat kering akibat selalu digunakan.
Seperti biasa sebagai orang yang lebih berumur dapatlah PPT berjumpa dengan semua adik-adik alumni yang dah lama tak jumpa. Last jumpa beramai-ramai pun masa majlis TeamTact. Ada lah jugak sempat berbual dan ada la jugak diceritakan Ustat tadi injured masa aktiviti Tubing dan dia dah mula tanya Abg Malin nanti mai tak. Lama jugak PPT tunggu Ahmad Firdaus Ibrahim dan dah dekat maghrib baru nampak dia. Lepaih tu dia mai kat PPT dan kata 'Abang tolong check punggung saya sat'. PPT pun kata hang nie tak betoi ka nak suruh aku tengok punggung hang. Lepaih tu dia pun menceritakan apa yang berlaku. Apa lagi PPT pun menjalankan pemeriksaan ke atas seorang pesakit dengan minta dia baring telentang dan memang terdapat inflamation pada bahagian tail bone Ustat. Tapi PPT jarang menerima pesakit seperti ini dan minta dia terus dirujuk ke Bahagian Kecemasan hospital kerajaan. Ini adalah kerana berdasarkan suhu dibahagian terbabit termasuk pergerakan aktif dan pergerakan pasif tidak menunjukkan ini kecederaan ringan. Asalnya nak maklum yang ada tulang patah tapi demi memberi reaksi positif biarlah doktor bertauliah yang sahkan. PPT nie ilmu setakat mana sangat nak cakap bab2 patah nie. Dalam hal nie tak banyak yang PPT dapat bantu Ustat, sori Bro....
Apa pun hari nie PPT dapat sms dari Ustat yang dia dah dapat MC seminggu dari Hospital Ampang dan confirm 'tail bone' patah. Apa pun harap Ustat tabah dan sabar menghadapi situasi ini dan menjaga kesihatan kerana kepatahan di bahagian ini kalau tak dijaga akan mengakibatkan komplikasi lain dalam tubuh badan. Harap Ustat aka Ahmad Firdaus Ibrahim sihat seperti biasa InsyaALLAH.

11th October Double Celebration

Besday Mohamad Rafsan Saadun dan Wan Nurul Maisarah Mazlin
Apa lagi... Tiup lah
Potong lah....
Makan lah.....


Apa lagi.... Habis lah....

Trip Pengkalan Hulu - Part 1

Landing di Helipad Tasik Banding
Bergambar di Tasik Banding
Aksi senggang di Plaza Tol Kuala Kangsar
Post terbaik dipapan tanda

Jumaat, Oktober 09, 2009

Here We Come

InsyaALLAH kami akan kembali ke kawasan Grik malam ini tapi bukan mengendalikan Final Camp seperti dalam tahun 2002 tapi hanya melintasi untuk ke destinasi yang lebih jauh iaitu ke sempadan Malaysia/Thailand yang terletak dalam negeri Perak Darul Ridzuan.
Doakan utusan kami mencapai objektif lawatan yang sepatutnya insyaALLAH.

Khamis, Oktober 08, 2009

Pernah Kah Anda?


Terlibat dengan istilah biar makan dengan kawan jangan kawan makan kawan ..... Mari kita kongsi pengalaman hidup masing-masing. Segala komen dan pandangan yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Bagi mereka yang takut komen anda akan menaikkan kemarahan orang lain, rancanglah ayat dan tutur kata anda sebaik mungkin.
Saya tunggu komen anda.....

Rabu, Oktober 07, 2009

From Ampang With Love...


Lupa lak pulak nak habaq mai..... Maap naaa...
Isnin lepaih 2 unit dari skuadron Cinta Sejati telah sudi untuk mengunjungi 'Home of the Reserves' bertempat di Putra Perdana. Mereka telah mendarat lebih kurang jam 9.20 malam dan terbang semula ke angkasa lebih kurang jam 12 malam.
Banyak dan seronok pulak sembang dengan juruterbang-juruterbang ini. Sebagai tuan rumah PPT mohon ampun dan maaf jika terdapat salah, silap atau kekurangan dalam masa tu dan akan cuba try perbetulkan demi kemajuan masa hadapan..
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil...

Selasa, Oktober 06, 2009

Sapa Betoi dan Sapa Salah.....


Bunting ini saya terjumpa dan terbaca, apa yang silap dan apa yang tak silapnya ?

Isnin, Oktober 05, 2009

Terima Kasih Kepada Semua Yang Menaja....




Hanya ALLAH S.W.T sahaja dapat membalas usaha, budi dan pengorbanan yang telah dilakukan untuk keluarga saya....

Betoi Ka Macam Tu....

Sampai jadi macam tu ka.....

Janji Kesumat...

Sep Sep Sep Bom Bom Bom.....
Confirm nie semua bola punya pasai ......

Suprise Oh Suprise

Raya Enam






Raya Keenam kami sekeluarga pulan sejenak ke Pulau Pinang untuk berjumpa Kak Ina dan Mammy semula. Objektif adalah untuk turut sama membantu mengemas rumah selepas penat berhari raya. Yalah Mammy tinggal seorang lagi pun Kak Ina Ahad dah nak balik ke Puchong untuk mula bertugas pada Isnin. Dalam dok target nak mengemas, kami semua teruih ke Sup Hameed kat depan Hotel Malaysia pekena Sup Torpedo, Sup Urat dan Sup Daging....
Lepaih tu sebelum balik ke Bayan Baru, Kak Ina kata jom pi 'Fun Fair' kat Queens Bay...
Apa lagi memang raya sakan lagi tahun nie... Tak caya tengok la gambar kat atas sekali....

Raya Lima

Raya Kelima kami lebih banyak menghabiskan masa beraya kat negeri Kedah tapi tak la banyak rumah yang kami lepak cuma kat Kuala Muda ke rumah Angah Batch Talang.
Niat di hati nak mencari Yeen Batch Talang iaitu antara geng kedua PERLU Uitm. Tapi dia pulak masa tu tiba-tiba kat Melaka kerana urusan tugas. Takpa lah kot mungkin tahun depan.
Kami jugak sempat beraya di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam kerana salah sorang cikgu masih bekerja di hari lembaran.... PB II Zaraim Mat Lazim aka Abang Aim. Abang Fisol aka Chot cuti selepas bertugas 24 jam di Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas. InsyaALLAH tahun depan la kami akan terjah lagi dia..

Jumaat, Oktober 02, 2009

Khamis, Oktober 01, 2009

Raya Empat




Tu dia yang peliknya....
Orang masa raya pi sana pi sini tapi kami buat keputusan mendadak kita pi tengok binatang lah malam tu. So mana lagi nak pi, teruih la ke Zoo Taiping Night Safari. Sepatutnya kena sorang dalam RM16, tapi disebabkan ada orang Kuala Kurau dan Parit Buntaq, dapat la diskaun sorang kena bayar hanya RM11. Tu pun Maisarah dan sepupu yang lain percuma sahaja pasai belum lebih dari 3 tahun. So dapat la tangkap gambar masa dah nak balik pasai dalam tu gelap sangat dan kurang pencahayaan. Apa pun memang best la trip kali nie dengan naik Tram sahaja. Mak mertua tak larat nak jalan kaki. Tapi kalau ada lanun masa tu, confirm Tram kena 'hijack' masa tu jugak.. Lagipun masa tu hanya ada lanun pencen... Sekian


Raya Ketiga

Baru la dapat pakai cantik-cantik dan harum-harum

Fesyen pakaian Hari Raya oleh Abe

Apa cerita, adik lagi tinggi dari kakak !

Kat umah Tok Lan Kecik - Tanjong Piandang la tempat tu..

Post 'suprise' oleh ALumni PERLU

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor