Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, September 10, 2009

Panik - Utusan Malaysia (Bahagian 2)


Punca Serangan Panik
Menurut Mohamad Hussain, banyak perkara boleh menjadi punca serangan panik antaranya tekanan berpanjangan sama ada di tempat kerja atau di rumah bersama suami atau anak-anak.
"Ada juga yang mengaitkan dengan personaliti seseorang yang memang jenis cepat gelabah dan kurang keyakinan diri. Individu yang sejak kecil sering ditakut-takutkan dengan kisah hantu dan sebagainya juga cenderung mengalami panik.
"Ada juga individu yang mengalami serangan panik datang daripada keluarga yang tidak mengendalikan emosi dengan sempurna terutama ketika berhadapan dengan tekanan. Selain perkara di atas, faktor genetik juga adalah dikenal pasti sebagai punca," tambahnya.
Mohamad Hussain berkata, kajian terkini mengenai otak mendapati bahawa pengurangan dalam tindak balas kimia serotonin pada bahagian otak tertentu turut mengakibatkan serangan panik.
"Dulu ketika penyakit HIV/ AIDS mula dikenalpasti ramai yang mengalami serangan panik. Ketika itu individu yang berada di tempat yang dihuni pesakit AIDS merasakan mereka juga boleh terkena penyakit itu.
"Serangan panik ini mungkin berlaku mengikut masa dan keadaan, tetapi sebenarnya ia bukan sahaja berlaku ketika musim berpenyakit tetapi juga kerana dorongan emosi yang keterlaluan.
"Lelaki dan wanita punyai risiko yang sama, malah serangan panik tidak mengenal status dan peringkat usia kerana sesiapa sahaja boleh mengalaminya," katanya.

Rawatan Berkesan Elak Serangan
Mohamad Hussain berkata, rawatan yang diberi biasanya mengikut tahap keseriusan serangan namun sebaiknya mereka berjumpa pakar psikiatri sejak peringkat awal serangan lagi.
Jika serangan panik yang dialami menyebabkan prestasi hidup atau kerjaya terjejas, pakar mungkin menyarankan pengambilan ubat secara berterusan.
"Antara ubatan yang digunakan untuk merawat serangan panik ialah daripada kelompok anti-anxiety dan anti-kemurungan. Namun paling utama pesakit mesti mendapat rujukan pakar dan rawatan susulan perlu juga dijalankan," ujarnya.
Mohamad Hussain menambah, selain ubat-ubatan, rawatan tanpa ubat atau rawatan sampingan dengan ubat juga disarankan.
"Mereka yang mengalami serangan panik akan diajar teknik bernafas dengan betul, digalakkan melakukan senaman seperti aerobik, berjalan pantas, yoga, terapi seperti psikoterapi, kaunseling atau hipnosis.
"Bagi yang pernah mengalami serangan panik juga tidak digalakkan mereka mengambil minuman seperti teh dan kopi.
"Kita juga perlu didik masyarakat bahawa penyakit ini bukannya kompleks dan dengan pengetahuan terkini di bidang perubatan ia mudah diubati. Kelewatan mendapat rawatan menyebabkan banyak masalah untuk dipulihkan," katanya.

Tiada ulasan:

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor