Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Selasa, September 29, 2009

Raya Kedua

Adik-beradik dari sebelah arwah bapak PPT dah lama tak jumpa..

Ini pun sama, tapi geng nie lepak kat dalam pasai ada 'AirCond' sikit...

Geng nie pulak lagi best, macam puting beliung. Letak apa pun ranap....

Tuan Coretan Di Kala Senggang pun ada jugak dengan 'suprise'nya...

Raya Pertama

Hari nie takdak apa sangat la yang nak diperkatakan selain melayan ngantuk akibat mengemas rumah dan melayan orang order Roti Jala kat mak PPT. Dah menjadi tradisi sampai saja PPT dan isteri, kami akan bantu mammy mengemas rumah menjelang setiap Syawal. InsyaALLAH diharapkan semua akan berjalan lancar setiap tahun.
Tahun ini mulai raya kedua dan keatas walaupun ketiadaan KakChik, Jasmina, Jazman yang dah balik ke Australia... Abang Man hanya beraya kat kampung Mak Klang..

Selasa, September 15, 2009

Maafkan Kami........

Saya serta seluruh ahli keluarga di Bayan Baru, Puchong dan Parit Buntaq ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan mengharapkan agar segala salah dan silap kami dimaafkan sempena Syawal nanti insyaALLAH. Hati-hati yea....

Terima Kasih TEAM TACT- 12/09/2009

Wajah-Wajah Yang Hadir - Aksi Muka Ketat

Wajah-Wajah Yang Hadir - Aksi Muka Longgar

Aktiviti Terbaru Dalam Rekreasi - Demo oleh Otai-Otai

Khamis, September 10, 2009

Panik - Utusan Malaysia (Bahagian 2)


Punca Serangan Panik
Menurut Mohamad Hussain, banyak perkara boleh menjadi punca serangan panik antaranya tekanan berpanjangan sama ada di tempat kerja atau di rumah bersama suami atau anak-anak.
"Ada juga yang mengaitkan dengan personaliti seseorang yang memang jenis cepat gelabah dan kurang keyakinan diri. Individu yang sejak kecil sering ditakut-takutkan dengan kisah hantu dan sebagainya juga cenderung mengalami panik.
"Ada juga individu yang mengalami serangan panik datang daripada keluarga yang tidak mengendalikan emosi dengan sempurna terutama ketika berhadapan dengan tekanan. Selain perkara di atas, faktor genetik juga adalah dikenal pasti sebagai punca," tambahnya.
Mohamad Hussain berkata, kajian terkini mengenai otak mendapati bahawa pengurangan dalam tindak balas kimia serotonin pada bahagian otak tertentu turut mengakibatkan serangan panik.
"Dulu ketika penyakit HIV/ AIDS mula dikenalpasti ramai yang mengalami serangan panik. Ketika itu individu yang berada di tempat yang dihuni pesakit AIDS merasakan mereka juga boleh terkena penyakit itu.
"Serangan panik ini mungkin berlaku mengikut masa dan keadaan, tetapi sebenarnya ia bukan sahaja berlaku ketika musim berpenyakit tetapi juga kerana dorongan emosi yang keterlaluan.
"Lelaki dan wanita punyai risiko yang sama, malah serangan panik tidak mengenal status dan peringkat usia kerana sesiapa sahaja boleh mengalaminya," katanya.

Rawatan Berkesan Elak Serangan
Mohamad Hussain berkata, rawatan yang diberi biasanya mengikut tahap keseriusan serangan namun sebaiknya mereka berjumpa pakar psikiatri sejak peringkat awal serangan lagi.
Jika serangan panik yang dialami menyebabkan prestasi hidup atau kerjaya terjejas, pakar mungkin menyarankan pengambilan ubat secara berterusan.
"Antara ubatan yang digunakan untuk merawat serangan panik ialah daripada kelompok anti-anxiety dan anti-kemurungan. Namun paling utama pesakit mesti mendapat rujukan pakar dan rawatan susulan perlu juga dijalankan," ujarnya.
Mohamad Hussain menambah, selain ubat-ubatan, rawatan tanpa ubat atau rawatan sampingan dengan ubat juga disarankan.
"Mereka yang mengalami serangan panik akan diajar teknik bernafas dengan betul, digalakkan melakukan senaman seperti aerobik, berjalan pantas, yoga, terapi seperti psikoterapi, kaunseling atau hipnosis.
"Bagi yang pernah mengalami serangan panik juga tidak digalakkan mereka mengambil minuman seperti teh dan kopi.
"Kita juga perlu didik masyarakat bahawa penyakit ini bukannya kompleks dan dengan pengetahuan terkini di bidang perubatan ia mudah diubati. Kelewatan mendapat rawatan menyebabkan banyak masalah untuk dipulihkan," katanya.

Rabu, September 09, 2009

Panik - Utusan Malaysia (Bahagian 1)


Presiden Persatuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN, Profesor Dr. Mohamad Hussain Habil berkata, ramai yang mengalami serangan panik tidak menyedari mereka menghadapi masalah tersebut.
"Serangan panik membuatkan seseorang itu merasai satu perasaan di mana mereka seperti tidak boleh bernafas, dada seakan sempit, degupan jantung kuat, berpinar dan gelap mata, ada juga kes yang pengsan dan sakit di bahagian perut," jelas beliau ketika ditemui di pejabatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Mohamad Hussain, menambah ciri-ciri serangan panik termasuk gangguan tidur, mimpi berulang atau mimpi ngeri.
Katanya, simptom-simptom di atas berlaku secara episodic atau berulang-ulang namun ia tidak terjadi setiap masa cuma pada ketika tertentu sahaja.
"Ada faktor pendorong seperti berada di khalayak ramai, dalam lif yang sesak, dalam ceramah, jemaah di masjid dan ada juga kes terkena serangan ketika memandu.
"Kes-kes ini ada yang dirujuk kepada rawatan kecemasan kerana mereka beranggapan diri mereka mengalami penyakit jantung atau lelah. Tetapi selepas ujian didapati mereka tidak mempunyai masalah kesihatan justeru mereka tidak mendapat rawatan sempurna untuk penyakit yang dialami," jelasnya.
Menurut Mohamad Hussain, mereka yang mengalami serangan panik ini patut mendapat rawatan psikiatri untuk ubat serta cara rawatan yang sesuai.
"Tak perlu malu untuk mengenengahkan penyakit ini. Kalau jantung boleh sakit, otak juga macam organ lain, jadi bila kita semua beranggapan sebegini maka tidak timbul perasaan malu.
"Apa yang dikhuatiri, individu yang mengalami serangan panik mula menjauhi tempat yang mereka tidak senangi dan ada sesetengah kes di mana mereka tidak boleh berinteraksi sekali gus tersisih daripada aktiviti sosial.
"Masalah lain menjurus kepada penurunan produktiviti. Isu utamanya kerana mereka tidak tahu kenapa secara tiba-tiba gementar dan gemuruh berepisod," jelasnya.
Tambahnya, penyakit ini boleh menjadi kronik dan berlarutan hingga bertahun-tahun lamanya.
"Memang penyakit ini tidak bahaya tapi ia boleh mendatangkan kesusahan kepada diri sendiri, keluarga dan majikan.
"Justeru setiap ahli keluarga perlu didedahkan dengan pengetahuan ini agar mereka boleh membantu ahli keluarga yang mengalami serangan panik," katanya.

Jumaat, September 04, 2009

Pesanan Menjelang Musim Perayaan

Akibat Penggunaan Telefon Bimbit Di Stesen Minyak

Buat Tatapan......


Khamis, September 03, 2009

Dah Sampai....

InsyaALLAH mungkin suatu hari akan ada budak FSR atau Alumni dapat bekerja dalam KD Tunku Abdul Rahman.... Segalanya mungkin berlaku...

.

Terima Kasih Sekali Lagi....


Rabu, September 02, 2009

4





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman orang-orang kampung, hari nie merupakan ulangtahun pernikahan PPT aka Tuan Mazlin bin Othman dengan Ibu Maisarah aka Puan Nurul Safinas binti Madabighi. Kami selamat dinikahkan selepas solat Maghrib di Masjid Batu 5, Parit Buntaq, Perak Darul Ridzuan pada 02/09/2005. Moga ALLAH S.W.T memanjangkan hubungan ini hingga akhir hayat InsyaALLAH.
Sekian, terima kasih.

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor