
Saya sekeluarga mengucapkan salam takziah dan kesal dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang tentang insiden perahu naga minggu lepas.
Siapa yang bersalah dan siapa yang patut menerima padahnya? Ada yang pakai PFD dan ada yang tak pakai PFD? Apa dah jadi....
Adakah yang terbabit samada bernyawa atau tidak dilindungi insuran?
Yela, kita hanya membaca dan tidak berkata apa-apa mungkin kerana bukan anak atau saudara terdekat kita terlibat dalam insiden terbabit?
Komen yang berkuasa hanyalah meminta aspek keselamatan dipertingkatkan... Mengapa tiada pemantauan sepanjang masa sebelum ianya berlaku?
Penulis sendiri suatu ketika dahulu sering jugak menggunakan kawasan terbabit utk aktiviti air seumpamanya tapi memang menitikberatkan kewajipan menggunakan PFD. Masih ingat lagi pesanan arwah, 'hang tu kalau dok guna kawasan tu jaga-jaga sama pasai ayaq memang tenang tapi kerap kat situ ada ombak tujuh-beradik'.
Ini telah sedikit sebanyak mencalar aktiviti rekreasi di Malaysia untuk tahun 2010.
Bagaimana pula dengan aktiviti air di tempat lain? Rasa ownership utk elak guna PFD masih berlaku.