Penjengok - Penjengok Tegar
Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can
Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves
In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning
Isnin, Ogos 24, 2009
Selasa, Ogos 18, 2009
Belum Lagi Pi Dah Ada Yang Tak Suka Kat Abang..
PPT melabuhkan usaha membantu Final Camp Pulau Kapas semalam iaitu Isnin selepas turut sama bergerak dengan yang lain dari Jumaat lepas. Nak diikutkan mau nak tunggu sampai habih melayan kerenah geng Polis tapi apa kan daya tugas dipejabat senantiasa menunggu. Seperti biasa kali ini PPT hanya memberi confirmation last minute agar para peserta kurang tahu ada 'lanun lama' ikut sekali. Kali ini isteri tercinta dan Wan Nurul Maisarah tidak turut sama kali nie. Mengenangkan ilmu yang akan dapat masa di Final Camp memang tak leh dibayar dengan wang ringgit, PPT pun join sekaki.. kerana dari para peserta kita akan mendapat ilmu baru tanpa diminta....
Seperti biasa la PPT memang orang tak suka sejak dulu lagi tapi apa kan daya 'approach' macam nie la kadang-kadang buat peserta mengubah cara fikir dan perbuatan demi mencapai objektif aktiviti.
Tapi yang best kali ini adalah gambungan peserta adalah dari geng Polis, budak-final camp dulu-dulu, budak dari STPM dan ada jugak dari Instruktor PERLU yang Maha Hebat.
Apa kan daya..... bila dah kena jadi peserta mula la tak sayang mulut dan macam-macam keluar dari hati dan perasaan... Ini lah lumrah manusia, tahu lebih sikit dari orang lain dah mula pandai kondem orang... Ingatlah yang kita jadi macam tu sebab orang lain jugak... Macam la kita tu bagus sangat dari orang lain.... Setakat hanya join aktiviti PERLU rasa macam Maha Hebat pulak dah.... sepatutnya kita bakar semangat yang lain untuk teruskan perjuangan nie sampai fasilitator pulak kena sound sebelum bertolak ke Pulau Kapas. Belajar cakap depan dan bukan expert cakap belakang. Tapi kalau masa tu PPT tanya depan-depan takut tersipu malu tak sudah pulak nanti. Nak jadi pemimpin kena dipimpin.... Tak semua akan datang bergolek....
Semasa penulisan posts ini, PPT teringat masa di Pulau Kapas ilmu baru yang diajar oleh geng Polis tentang semangat orang lama (tua) dan orang baru (muda). Betoi jugak apa depa ajaq PPT. Terima kasih geng PLK Polis..... bila nak join jadi geng PERLU pulak... Tapi kena join TOT tau...
PENJENGOK-PENJENGOK TEGAR
Kenapa Bang....
Sedang PPT agak full membantu yang lain dalam pembikinan Final Camp Pulau Kapas ada seorang Alumni datang dan bertanya... Kenapa Bang dah tak update blog macam sebelum nie... Terkedu jugak PPT nak memberi jawapan tapi kan daya kena la beri jawapan seikhlas mungkin... Maafkan bang ...... Sebenarnya setiap kali berblog dan memberi komen ada yang akan tak puas hati tapi tak berani cakap depan-depan. Bab komen dan hentam dari belakang depa nie cukup pandai... So untuk elak dari PPT orang tak suka, sekarang nie penulisan blog yang kurang menyakitkan hati PPT dan keluarga..
So Alumni tu pun paham dengan maksud tersirat dan tersurat.....
Bermulanya Ramadhan...
SAYA SERTA KELUARGA TERMASUK DI KAMPUNG INGIN MOHON KEMAAFAN JIKA ADA DOSA-DOSA SEMASA PENULISAN DAN DOSA-DOSA LAIN SAMADA MELALUI BLOG INI, FACEBOOK, KOMEN-KOMEN YANG DILONTARKAN, PERBUALAN DAN PELBAGAI TINDAKAN LAIN YANG TELAH SAYA SERTA KELUARGA LAKUKAN. BIARLAH SAYA DAN KELUARGA MELALUI BULAN YANG MULIA INI DENGAN PENUH KETENANGAN, KERAHMATAN DAN KASIH SAYANG ALLAH S.W.T.
JIKA ADA DOSA-DOSA PEMBACA TERHADAP SAYA DAN KELUARGA, KAMI INGIN MEMBERI KEMAAFAN. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAHNYA INSYAALLAH... terima kasih.
JIKA ADA DOSA-DOSA PEMBACA TERHADAP SAYA DAN KELUARGA, KAMI INGIN MEMBERI KEMAAFAN. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT TAUFIK DAN HIDAYAHNYA INSYAALLAH... terima kasih.
Penjengok-Penjengok Tegar...
Jumaat, Ogos 07, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)