Shah Alam 27 Mei - Berdasarkan maklumat yang diterima, setakat ini lebih dari 30 orang telah mendaftar dan bersetuju untuk menghadiri perjumpaan kali ini.
Jurucakap PERLU Selangor melalui setiausahanya, terdapat sedikit lagi perancangan yang sedang dipergiatkan demi memastikan semua aktiviti insyaALLAH berjalan dengan lancar.
Walaubagaimanapun akan terdapat sedikit kenaikan pada bayaran yang dikenakan kepada ahli dan bukan ahli. Ini kerana pihak persatuan masih lagi tidak mendapat sumber kewangan dari PERLU UiTM untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti kali ini. Sehingga hari ini, proses kelulusan masih belum dicapai dari pihak HEP UiTM. PERLU Selangor mengharapkan PERLU UiTM dapat turut sama-sama menyumbang serta menjayakan program ini agar segala masalah kewangan dan lain-lain dapat diselesaikan.