Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Januari 29, 2009

Buat Baik Dibalas Tak Baik

Dari Anonymous - January 28, 2009 11:55 PM
jangan ingat semua pelajar Sport sceince ni suka dengan BUDAK2 PERLU. Kitorang dah lama fuck off budak2 PERLU ni. semua berlagak bagus...masa kitorang belajar dulu bolehla nak regging2 orang. tapi sekarang ni kalau nak try regging mehla, nak tengok kitorang patahkan kepala ketua PERLU tu dengan penaung nya sekali (en. H) - Dari Blog Lan Kecik
Dari ANonymous Lagi - January 22, 2009 3:59 PM
KAMI TEAM BANDING 2003 INGIN MENUNTUT HAK KAMI IAITU JAM SATU PLASTI HILANG. SEMUA BUDAK2 PERLU BUAT SENYAP JER......MCM BAGUS....SAMPAI SEKARANG KAMI TAK MINAT DENGAN BUDAK2 PERLU...SEMUA CITER BOOOM BAMM - Dari Blog Hicmat.

Sungguh dahsyat apa yang telah berlaku ini. Hanya pandai bermain dengan kata-kata kesat; itu pun selepas tamat study dan dah tak belajar dengan orang-orang tertentu. Kalau betul ada silap, mari kita berjumpa dan selesaikan konflik ini. Apa yang patut bayar kami akan bayar tapi kalau setakat berselindung disebalik nama-nama yang tak wujud;susah jugak nak selesai masalah. Mari kita berbincang untuk jernihkan apa yang keruh. Rasanya kumpulan ini orang yang dah bekerja dan nampak sangat memang tak puas hati dengan sesuatu. Call saya, kalau nak patahkan tulang pun patahkan lah. Kalau nak cabut kepala pun boleh juga. Kalau takut dipukul ombak, baik beli rumah apartment kat Shah Alam. Tak guna hanya memberi maklumat tertentu tanpa memberi lebih terperinci. Budak FSR tak dak perangai 'villagers' macam nie. So bila nak jumpa?

Cheers........


Jumaat, Januari 23, 2009

PERLU UiTM

Berdasarkan komen yang diterima, PERLU UiTM ada blog yang telah dikemaskinikan bermula bulan Januari 2009. Layarilah mereka-mereka ini di PERLU.

Khamis, Januari 22, 2009

Cuba Jangan Tak Cuba !!!




Apa yang best dan tak best tentang gambar-gambar ini?

Bahaya CPR


CPR jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh mencederakan mangsa. Kesemua garis panduan semasa latihan teori menggunakan manikin atau pasangan anda perlulah tepat dan terkini. Kesalahan-kesalahan melakukan CPR termasuk:

- Kedudukan tangan yang salah semasa melakukan tekanan dada boleh menyebabkan patah tulang rusuk, cuaran xifoid dan mencederakan hati, paru-paru dan limpa.
- Tidak melepaskan tangan dengan sepenuhnya semasa melakukan tekanan dada. Jantung tidak berpeluang dipenuhi darah.
- Tekanan dada yang melantun akan menyebabkan kedua tangan penyelamat bergerak dari sternum.
- Menekan terlalu kuat mungkin menyebabkan kecederaan bahagian dalaman.
- Kegagalan menekan sternum seperti yang dikehendaki akan menyebabkan aliran darah ke otak dan organ-organ penting lain tidak mencukupi.
- Memberi pernafasan bantuan terlalu kuat dan banyak atau tidak membuka saluran pernafasan dengan sepenuhnya akan menyebabkan perut kembung. Mangsa mungkin muntah dan tidak boleh bernafas dengan sempurna.
- Keadaan tangan yang salah semasa melakukan tekanan abdomen (Heimlich Maneuver), boleh menyebabkan kerosakan dalaman.

Rabu, Januari 21, 2009

Cuba Pasang Telinga Sikit



Nak kata salah tak kata pun salah jugak - Inilah teknik zaman sekarang menangani manusia yang rasa diri bijak laksana. Dah berbuih mulut habaq tajuk tu habaq tajuk nie tapi depa nie buat la jugak; Buat Tak Tau.
Zaman dah baru dan dunia dah berubah. Entahlah apa nak jadi..........
Nak kata kurang ajaq rasanya mak bapak dah cukup ajaq dah. Apa lah cerita dan punca semua nie jadi? Ada idea untuk dikongsi? Pengaruh kawan sepejabat, rakan sekelas, kawan sekampung ataupun memang perangai kampung mari yang buat jadi macam nie.
Selain itu jugak, apabila dah ditolong ayaq muka akan jadi lain macam tak puas hati, bila tanya pasai apa? Jawapannya tak dak apa apa lah.
Rasa diri terror tapi bila mintak buat tu buat nie, senyum macam kambing tengok ayaq. Susah sangat ka nak cakap 'TOlong' atau kata 'Terima kasih' dalam dunia ini. Bukan kena bayaq pun buat macam tu.
Kesian pada orang-orang yang terdahulu; nak menolong dikata 'tukang sibuk', kalau tak tolong nanti katalah ada ilmu tak mau amal dan macam-macam lagi.
Hangpa KAta Hangpa Terrer, Buat La sendiri, orang lain Nak tengok..

Selasa, Januari 20, 2009

KebanggaanKu



Sapa tak tau kat mana Taman Wetland Putrajaya? Meh sini PPT nak bagitau. Taman Wetland Putrajaya terletak dalam kawasan Putrajaya lah kan.
Disinilah PPT memulakan kegiatan rekreasi secara besar-besaran dengan penglibatan sepenuh masa dari pagi hingga petang. Tetapi kerjaya PPT sebenarnya bermula di Taman Botani Putrajaya sebagai 'Outdoor Supervisor' mengawal selia aktiviti air dalam taman tersebut. Masa tu tak lah banyak perkara berkaitan rekreasi dapat diketengahkan. Tetapi peluang tetap ada. Alex Ch'ng telah memberi peluang kepada PPT untuk berubah arah dari menjaga taman yang penuh dengan bunga, buluh dan sebagainya kepada menyelia kawasan yang penuh dengan aktiviti rekreasi. Apa lagi teruih sambaq peluang tu tanpa berpatah balik. Seingat PPT sewaktu minggu pertama PPT kena bekerja duduk atas lantai surat khabar kerana peralatan pejabat, talian telepon dan lain-lain lagi belum ada. Dalam erti kata lain, tandas kena basuh sendiri. Berkat doa guru-guru Alhamdulillah sedikit demi sedikit rekreasi dikembangkan tanpa segan silu, bermula dengan berakit, camping dan lain-lain lagi, PPT menambah aktiviti dengan Ikhtiar Hidup, Level I dan Level II, Aktiviti Tali, Management Games dan macam-macam lagi lah. Peluang jugak tidak dilupakan kepada Gopeng, Ain, Normi dan lain-lain lagi untuk turut sama membantu dalam pelaksanaan aktiviti. Sempatlah jugak kami semua dapat masuk suratkhabar dan sebagainya. Selepas itu tidak dilupakan budak kelas 'Outdoor' Boss dan geng PERLU pun turut sama memeriahkan aktiviti di Pusat Rekreasi Air Taman Wetland Putrajaya.
Tak payah PPT menyatakan kenapa Taman WEtland Putrajaya ditinggalkan dan perjuangan diteruskan di bidang 'manufacturing'. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dengar cerita Taman Wetland dah macam tidak bernyawa lagi, peralatan dah kurang dijaga setelah diambil alih oleh PPJ. Tinggal lah Gopeng, Mirul dan lain-lain meneruskan perjuangan. Dengar cerita ada geng lama dah naik pangkat ke level Pengurusan Taman tapi yelah dunia dah baru dan zaman dah berubah. Apa boleh buat; 'Money Is Not Everything But At Least Money Is Something'. Ingat lagi 'statement' Alex Ch'ng - Berapa Cukup Lu Kata Cukup?. Antara soalan yang kurang mudah untuk dijawab. Bila lah Alex Ch'ng nak pulang ke Malaysia bercuti dari Australia? Mungkin Raya Cina Tahun Ini?
Cheers....

Isnin, Januari 19, 2009

Jadi Ke Tak Nie?


Alamak, itulah solaan dan soalan yang telah dilempaqkan kepada PPT dari minggu lepas sampai la nie. Orang-orang nie dah mula nak menjinakkan diri dalam dunia rekreasi luar. Sejak terjebak dengan program Gunung Nuang dan Janda Baik, depa nie dah mula menunjukkan minat ingin mencuba aktiviti-aktiviti rekreasi yang memenatkan, kena pacat, stokin bau busuk, angkat barang berat dan lain-lain lagi. Tapi yang paling best adalah menikmati keindahan ALLAH S.W.T serta dapat melepas tekanan kerja sambil mandi air sungai yang sejuk.
Antara para peserta yang telah sudi memberi nama adalah Mazlin bin Othman, Nurul Safinas binti Mohd Madabighi, Wan Nurul Maisarah binti Mazlin, Mohd Rafsan bin Saadun, Nor Marini binti Ismail, Tengku Raegah binti Tengku Ariffin, Norehan binti Maarof. Ada lagi nama 2 orang yang berminat nak ikut cuma nak tunggu nama depa sahaja.
So la nie kita kena la tunggu 'update' dari OC Kapten Rafsan Saadun tentang program nie samada jadi ke tak program ini. Mungkin lebih kurang macam Tasik Bera tahun lepas la Jugak.
So Lan Kecik, Dilla, Abe, Yasir Foo, Aboy dan geng-geng lain, kalau berminat hubungilah Kapten kita tu.


Cheers.....

Selasa, Januari 13, 2009

EON Service Centre - 09/01/2009

Rupa dalaman Lancer bila 'AirBag' dah 'engaged' akibat kemalangan

Adik beradik Lancer menerima sedikit 'touch-up' kat Unit Kemalangan


Isnin, Januari 12, 2009

Bedak Cuticura - Bedak Murah Tapi Wangi

Raut muka Wan Nurul Maisarah 'kantoi' ditangkap Ayahnya

Di lokasi kejadian dengan muka tidak bersalah untuk dapatkan belas kasihan.

Dari jarak dekat dengan muka yang puas dengan segenggam kejayaan.

Puas hati Wan Nurul Maisarah - Dikala Ayah dia sibuk mengemas rumah dan Ibu dia memasak didapur, setelah dapat memanjat almari solek dia telah berjaya mendapatkan botol bedak terbabit. Apa lagi, orang selalu pesta buih dan sebagainya, Anak Ayah berpesta bedak la pulak, habih separuh botoi dihabiskan dalam bilik secara diam-diam. Pesta ini telah dijalankan pada Rabu (07/01/2009) lepas bermula jam 8 malam.
Sebenarnya seperti benda-benda lain, dah lama dia nak buat macam nie, cuma peluang tu dia dapat minggu lepaih.

Memang cerdik dan pandai.....

Cheers....

Selasa, Januari 06, 2009

Mana Pi Semua?

Kalau nak tau, macam nie la cara nak genggam penumbuk la....

Memang raplah jingga betoi la nak belajaq ikatan nie....

Alamak, kantoi la pulak aku kali nie......

Syukur pada ALLAH S.W.T hari nie kerana PPT dapat menyambung tugas sukarela membantu Boss aka Hicmat dalam kelas Outdoor Recreation UiTM pagi tadi. Dah lama saya tak dapat peluang tapi akhirnya berkat niat dapat jugak saya bersama-sama Shawn dan Mustakim. Lenny and Diella ada jugak tapi sekejap-sekejap sahaja. Niat sebenarnya nak jumpa Boss pasai dah lama dah lama. Penampilan Boss pun dah nampak Otai.
Nampaknya student kali nie kebanyakan fresh-fresh belaka dan kali pertama bertemu dan membantu dalam kelas Knotting tadi, lega rasanya kerana ada yang sempat mengucapkan 'terima kasih abang kerana membantu' membuatkan orang-orang yang dah nak pencen macam PPT bersemangat. Nampak macam ada adab kumpulan kali nie tapi 'we wait and see' lah nanti.
Cuma yang bermain dalam fikiran PPT tadi, kalau lah kami tadi takdak dan Boss sorang-sorang mengajar, memanglah Boss boleh mengajar tapi 'input' pelajar mungkin akan kurang kerana tiadanya 'fasilitator' atau kat belakang baju yang selau tertulis 'instructor' dari PERLU UiTM.
Mana pi depa nie? Tapi tadi ada lah jugak nampak geng-geng PERLU lain macam Wafi tapi geng-geng nie macam dah tak nampak kami tadi. Adakah bila dah tak aktif berpersatuan maka automatik terputus lah jugak perhubungan sesama manusia? Adakah kita nie semua berkawan hanya kerana PERLU dan bukan kerana kita nie manusia biasa? PPT pun pasai minggu nie ada 'Time Off Exercise' pasai tu la ada sikit kelapangan tadi.
PPT mintak kepada Alumni atau sapa-sapa yang 'free' kita pertambahkan kerja sukarela kita dengan membantu adik-adik diploma nie. Mungkin PERLU UiTM terlampau sibuk mengalahkan orang bekerja. Kenanglah sikit apa yang perlu dikenangkan.


Cheers....

Ahad, Januari 04, 2009

Lata Hammer 2009

Cuba teka siapa ini?

Suasana pantai yang cukup indah dan cantik

Angin sejuk menyucuk ke dalam tulang manusia

Contoh laluan yang serba hijau dan cantik mata memandang

Cantiknya ciptaan ALLAH S.W.T


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sekretariat rekreasi Putra Perdana berhajat untuk mengadakan aktiviti rekreasi bersama-sama dengan pengiat-pengiat rekreasi. Berikut adalah butiran:

- Tarikh - Minggu Hari Raya Cina
- Tempat - Perting Valley aka Lata Hammer
- Objektif - Untuk menemukan semula semua geng-geng Alumni/Pelajar dari Utara, Selatan, Timur, Barat, Sabah dan Sarawak yang berminat bersama-sama mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Disamping itu untuk mempertemukan jugak ahli PERLU lain Alumni-Alumni yang masih ada atas muka bumi ALLAH ini.
- Agenda - Pertama ke resort dahulu, bermalam dan esok paginya ke Lata Hammer untuk mandi-manda dan lunch. Petang lepas Asar keluar semula ke resort dan malamnya mungkin ada BBQ dan karaoke. Hari esoknya check-out dan balik ke Selangor Darul Ehsan.
- Antara peserta yang dah confirm kan kehadiran adalah - PPT, Nurul Safinas, Wan Nurul Maisarah, Raziff aka Boy, Elham aka Abe. Shawn aka Rafsan dan ada lagi la nama tapi belum tau confirm ke tak.
- Pihak seketariat dapat menyediakan pengangkutan untuk semua peralatan termasuk beg dan lain-lain. Untuk trip kali ini akan ada bayaran dikenakan untuk menampung kos Dorm, petrol, tol, bahan mentah untuk memasak, insuran dan lain-lain lagi.
- Barang siapa yang berminat diminta terus menghubungi OC untuk trip kali ini Kpt. Rafsan Saadun dan dibantu oleh Lt. Raziff. Trip kali ini adalah terbuka untuk semua lapisan masyarakat yang berminat sahaja.
Harap-harap ianya menjadi insyaALLAH.

Khamis, Januari 01, 2009

28 Disember 2008 - Sungai Behrang,Tanjong Malim

Rawat dan Rehat

Seperti biasa - Shawn dan Maisarah


Tukang Masak Yang Diimport

Para peserta yang hadir kali ini.

Tidak dilupakan yang Bebika juga join kami masa separuh masa kedua. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selepas ini insyaALLAH mungkin ke Lata Hammer pula. Surveynya insyaALLAH pagi esok......
Cheers...




Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor