Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Khamis, Oktober 30, 2008

Effective Communication Skill - by FMO

- Make clear expressions with courteous words.
- Emphasize on listening skills and empathy
- Give and receive feedback
- Ask questions and create discussion

Key Principles Of Communication - by DDI

- Maintain self-confidence
- Listen and respond with empathy
- Ask for help and encourage involvement
- Share thoughts, feelings, and rationale
- Provide support without removing responsibility.

Dua Tiga Kucing Berlari, Dah Takdak Apa Nak Cakap Lagi


Macam-macam orang call dan tanya apa sudah jadi dan apa cerita.... Dan macam-macam pantun baru dan lama yang PPT dapat dalam komen posts terdahulu. Terima kasih diucapkan.
Seperti apa yang dah dimaklumkan pada seseorang, biarlah PPT berdiam diri dari berkata sesuatu yang boleh buat orang pedih hati. Ada yang dapat tangkap dan ada yang langsung tak dapat apa-apa. Yelah, kadang-kadang tu dalam cerita Tan Sri P.Ramlee banyak menceritakan nasihat dan teladan sehingga dapat digunakan la nie. Bini tua tetap tua dan yang muda belajaqlah hormat yang tua dan tidak bersifat kurang ajaq.
Biarlah mereka-mereka ini pandai menyelesaikan masalah masing-masing dan tahu membawa haluan diri. Kan dunia dah maju zaman dah berubah....Memang susah untuk menegur anak bangsa tentang hidup. Ingatlah ini bukan semata-mata untuk mana-mana pihak tapi adalah lebih kepada penggiat rekreasi yang mengenali PPT.
Yang dah mula bekerja, kerjalah bersungguh-sungguh kerana ekonomi dunia semakin buruk. PPT sendiri dan para pekerja lain dah mula dipaksa habiskan cuti tahunan untuk kurangkan kos operasi harian. Entahlah sapa lagi yang terlibat. Silap haribulan akan berlakulah Unpaid Leave Nanti. Yang turut sama terlibat, nanti kita sembang-sembang lagi naaaa.....
Yang belum lagi ada kerja, cepatlah cari kerana ada kemungkinan kecik Malaysia juga akan kena tempiasnya. Kerajaan cakap harga barang dah mula turun, depa cakap tapi depa tak turun tengok dan pantau sendiri sepanjang masa.
Yang masih lagi jadi student, ingatlah bahawa ijazah atau diploma tidak akan membawa anda ke mana-mana tanpa sebarang kemahiran spesifik. Kemahiran Tin Kosong tu akan membuat anda tiada kemahiran langsung. Study Smart dan elakkan dari nak ajaq orang bekerja macam mana nak hidup....
Setakat ini sahaja, rasanya dah berbuih cakap dan kata-kata macam-macam tapi orang-orang muda ini terlebih pandai. So biarlah apa nak jadi, PPT nak tengok sahaja dimana 'ending' nya. Yang rasa dah mula terhantuk tu, tq lah kerana berinteraksi, yang buat-buat blurr tu takpa masa kan ada, mari kita lihat sapa yang kena....
Macam pepatah dulu-dulu; Ketawa Hang Ketawa Mengena, Ketawa Aku Hang Yang Terkena.


Cheers.....

Selasa, Oktober 28, 2008

Bayan Lepas Pulau Pinang, Perkara Yang Lepas Patut Dikenang



Di kala semua umat ISLAM seronok menyambut Aidilfitri dan ianya akan tamat pada minggu nie, rasanya masih sempat bermaaf-maafan antara satu sama lain. Apa lagi yang dikata, sebagai seorang yang lebih tua dari Otai-Otai PERLU semua PPT perlu menerima keputusan setiap individu yang ingin membentuk masa depan. Sampai suatu ketika ini Alumni-Alumni tertentu terasa hati dengan posts dari PPT di mana sedikit sebanyak menguris hati dan perasaan.
PPT pun manusia yang serba kekurangan, ada sihat, ada sakit, ada hati dan perasaan dan sama sahaja seperti orang lain. Semenjak dua menjak nie banyak sangat 'update' yang diterima dari PERLU UiTM dan alumni. Orang tu cerita nie lah, orang tu cerita tu lah dan macam-macam lagi. Semuanya PPT terima dengan hati yang terbuka tanpa segan silu. Macam Boss penah kata; Mana Budi Yang Telah Ditabur; adakah hasilnya telah kita nampak.
Rasanya dalam dunia rekreasi nie, kita tak penah diajar untuk membanggakan diri dengan apa yang ada contohnya kursus-kursus yang penah di hadiri, achievements dan sebagainya. Kenapa tiba-tiba ini semua berlaku, adakah kita lupa dengan peristiwa-peristiwa terdahulu.
Kalau nak diikutkan PPT sendiri nak 'stop' mengata sesuatu tapi rasanya kena lah jugak cakap ttg senario dalam rekreasi Shah Alam. Sekarang nie dah mula ada yang berani cakap aku nie lebih tu, orang tu kurang dari lagi aku dan sebagainya. Industri rekreasi kita nie kecik saja, janganlah lebih sudu dari kuahnya. Macam 'We Green The Earth' penah cakap ingatlah orang-orang terdahulu punya pencapaian dan sebagainya. Bukannya PPT nak suruh ingat tentang PPT tapi dah biasa lihat adik-adik jadi 'kacang lupakan kulit' atau lebih specific lagi 'lupa daratan'. Ilmu sebesar kuku tapi cakapnya 'sound system stadium' pun kalah. Ingatlah kalau setakat menimba pengalaman dalam UiTM saja atau FSR, tak ke mana perginya 'knowledge' kita dalam rekreasi. Boss ada cakap ttg 'black rubber ball'. Tengok sekarang bila ada aktvt saja kena handle orang tu tunjuk orang nie, orang nie tunjuk orang tu dan macam-macam lagi. Kata dah ada Level II, uruskanlah sendiri ......
Cubalah kawan-kawan semua, student-student semua, yang muda-muda termasuk diri PPT sendiri apakah yang dinamakan hidup berpersatuan, adakah dengan tayangkan kehebatan kita, bawak awek ke sana ke sini, posts sana sini, cakap macam tin yang kosong atau sekadar di pinggiran sahaja yang kita sendiri banggakan. Mana perginya ayat-ayat dalam 'WOnderpets' dan lain-lain lagi.
Itulah ulasan tentang tajuk diatas, sapa yang tergigit cili tu memanglah pedas tapi sapa yang letak cili kat mulut tu mana ada pedasnya. PPT mintak maaf dalam bulan Syawal ini.... PPT sendiri paham dengan situasi orang muda zaman sekarang, takleh ditegur nanti merajuk dan muka merah, takleh dikata nanti tinggalkan rekreasi, takleh dinasihat nanti masuk bawah ketiak awek pulak, takleh dikata nanti timbul lah Anonymous tu. Bila terasa hati nama kita pun orang mudah lupa kan.... Almaklumlah dunia sekarang dah maju; cakap tak guna tembak tak kena....
Sedih Oh Sedih, salah seorang adik PPT telah membuat keputusan untuk tidak berblog lagi. Mungkin itulah keputusan yang terbaik penah dia ambik dan PPT hormat keputusan dia tu. Cepat-cepat mintak maaf sebanyak mungkin dan sentiasa merendahkan diri kita kepada orang yang melahirkan kita. Ingatlah mereka sementara masih ada. Mungkin suatu hari dia akan kembali berblog atau Mungkin tidak.
Orang akan kata apa lah orang tua nie, masa orang tengah demam raya pun nak kata kat orang jugak kan .... Tapi biarlah apa orang nak kata tentang kita..............................
Akhir kata, Jeti Padang Kota dan Apa Lagi Yang Nak Dikata..........
Cheers....




Norman Abdullah aka Man Bass

Dari Tasmania - Abg Man tengah 'basking' mencari rezeki

Antara peminat tetap beliau - Jazmina dan Jazman

Dari Tasmania - Orang lain pun sibuk sama mendengar muzik

Dari Tasmania - Kawan seperjuangan (Abg Man pegang gitar)

PPT kerap menceritkan tentang KakChik sekeluarga disana tapi tidak berpeluang memperkenalkan satu-satunya abang ipar PPT yang hidupnya hanya kepada muzik semata-mata. Abang ipaq PPT nie boleh dikatakan usia memang Otai la. Dia lagi tua dari Kak Ina dan rasanya umur dia dah 40 tahun lebih. Pernah hidup lebih dari 10 tahun di luar negara dan masa dia balik ke Malaysia tak silap tahun 2001, jumpa KakChik kat Penang terus ajak kahwin.
Abang Man nie jenis orang yang tak suka berhutang. Apa sahaja barang dia beli semuanya tunai. Kereta ka, peti sejuk ka, tv ka semua mesti dalam bentuk tunai. Sebab tu dia nie pandai simpan duit.
Masa PPT mula-mula kenai dia, dia kata dia nie pemuzik dan kenal macam-macam artis. Mulanya PPT mana percaya benda karut-karut nie. Tapi lepas Abang Man kahwin dengan KakChik, kami dapat berjumpa artis seperti Ramli Sarip, Man Kidal, Nash, Saleem, Hattan, Ella dan lain-lain lagi. Semua artis nie kami dapat kenai sebab Abang Man pernah back-up depa masa 'live concert' atau 'recording'.
La nie Abang Man tinggalkan semua tu untuk bersama-sama KakChik di Tasmania tempat dimana peluang mencari kerja amat mudah. Buat 'part time' cuci rumah orang pun boleh dapat RM65 sejam.
Untuk Abang Man dan KakChik sekeluarga, 'work smart' dan carilah pengalaman sebanyak mungkin di negara orang..
Cheers....

Rabu, Oktober 22, 2008

Burn Emergencies - City Of Phoenix,Washington

One of the most painful injuries that one can ever experience is a burn injury. When a burn occurs to the skin, nerve endings are damaged causing intense feelings of pain. Every year, millions of people in the United States are burned in one way or another. Of those, thousands die as a result of their burns. Many require long-term hospitalization. Burns are a leading cause of unintentional death in the United States, exceeded in numbers only by automobile crashes and falls.
Serious burns are complex injuries. In addition to the burn injury itself, a number of other functions may be affected. Burn injuries can affect muscles, bones, nerves, and blood vessels. The respiratory system can be damaged, with possible airway obstruction, respiratory failure and respiratory arrest. Since burns injure the skin, they impair the body's normal fluid/electrolyte balance, body temperature, body thermal regulation, joint function, manual dexterity, and physical appearance. In addition to the physical damage caused by burns, patients also may suffer emotional and psychological problems that begin at the emergency scene and could last a long time.

Classifying burns
Burns are classified in two ways: Method and degree of burn.
Methods are:
Thermal - including flame, radiation, or excessive heat from fire, steam, and hot liquids and hot objects.
Chemical - including various acids, bases, and caustics.
Electrical - including electrical current and lightning.
Light - burns caused by intense light sources or ultraviolet light, which includes sunlight.
Radiation - such as from nuclear sources. Ultraviolet light is also a source of radiation burns. Never assume the source of a burn. Gather information and be sure.
Degrees are:
First degree burns are superficial injuries that involve only the epidermis or outer layer of skin. They are the most common and the most minor of all burns. The skin is reddened and extremely painful. The burn will heal on its own without scarring within two to five days. There may be peeling of the skin and some temporary discoloration.
Second degree burns occur when the first layer of skin is burned through and the second layer, the dermal layer, is damaged but the burn does not pass through to underlying tissues. The skin appears moist and there will be deep intense pain, reddening, blisters and a mottled appearance to the skin. Second degree burns are considered minor if they involve less than 15 percent of the body surface in adults and less than 10 percent in children. When treated with reasonable care, second degree burns will heal themselves and produce very little scarring. Healing is usually complete within three weeks.
Third degree burns involve all the layers of the skin. They are referred to as full thickness burns and are the most serious of all burns. These are usually charred black and include areas that are dry and white. While a third-degree burn may be very painful, some patients feel little or no pain because the nerve endings have been destroyed. This type of burn may require skin grafting. As third degree burns heal, dense scars form.

Determining the severity of burns
Source of the burn - a minor burn caused by nuclear radiation is more severe than a burn caused by thermal sources. Chemical burns are dangerous because the chemical may still be on the skin.
Body regions burned - burns to the face are more severe because they could affect airway management or the eyes. Burns to hands and feet are also of special concern because they could impede movement of fingers and toes.
Degree of the burn - the degree of the burn is important because it could cause infection of exposed tissues and permit invasion of the circulatory system.
Extent of burned surface areas - It is important to know the percentage of the amount of the skin surface involved in the burn. The adult body is divided into regions, each of which represents nine percent of the total body surface. These regions are the head and neck, each upper limb, the chest, the abdomen, the upper back, the lower back and buttocks, the front of each lower limb, and the back of each lower limb. This makes up 99 percent of the human body. The remaining one percent is the genital area. With an infant or small child, more emphasis is placed on the head and trunk.
Age of the patient - This is important because small children and senior citizens usually have more severe reactions to burns and different healing processes.
Pre-existing physical or mental conditions - Patients with respiratory illnesses, heart disorders, diabetes or kidney disease are in greater jeopardy than normally healthy people.

Treatment of burns
Cool a burn with water. Do what you must to get cool water on the burn as soon as you can. Go to the nearest water faucet and turn on the cold spigot and get cool water on the burn. Put cool, water-soaked cloths on the burn. If possible, avoid icy cold water and ice cubes. Such measures could cause further damage to burned skin.
Never apply ointment, grease or butter to the burned area. Applying such products, actually confine the heat of the burn to the skin and do not allow the damaged area to cool. In essence, the skin continues to "simmer." After the initial trauma of the burn and after it has had sufficient time to cool, it would then be appropriate to put an ointment on the burn. Ointments help prevent infection.
The one exception to the "Cool a Burn" method is when the burn is caused by lime powder. In that case, carefully brush the lime off the skin completely and then flush the area with water. In the event of any serious burns, call 999.

Botol Plastik PET Ancam Nyawa - Oleh Ziauddin Sharuddin

SIKAP tidak suka membazir, termasuk menggunakan sesuatu barangan yang masih elok berulang kali bukan saja terpuji, malah perlu digalakkan.
Bagaimanapun jika anda suka menggunakan botol air galian berulang kali untuk suatu jangka masa lama, hentikan segera kerana tabiat itu sebenarnya lebih banyak mengundang keburukan.Ini kerana botol air galian yang dibuat dari Ployethylene Terephtalate atau lebih dikenali sebagai PET mempunyai beberapa kekurangan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna apabila digunakan berulang kali, terutama jika terdedah kepada cuaca panas.
Penggunaan PET dalam pembuatan botol minuman bermula secara meluas selepas dipatenkan pada 1973.Pensyarah Kanan Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ishak Ahmad, berkata isu utama ialah sama ada bahan kimia yang digunakan boleh larut resap dalam air mineral. Sebenarnya setiap plastik yang digunakan untuk pembungkusan makanan dipastikan selamat oleh pihak berkuasa seperti Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat.
Persoalannya, sejauh manakah pengeluar botol mematuhi prosedur yang ditetapkan.Bagi memperjelaskan perkara ini, beliau berkata semua bahan plastik di pasaran sekarang adalah berasaskan petroleum.Dalam proses pembuatan botol air galian, katanya peringkat pertama membabitkan proses tindak balas kimia untuk menukarkan petroleum kepada bahan asas dengan penggunaan pemangkin seperti antimoni.“Peringkat kedua membabitkan bahan kimia seperti Dimetil Tereftalat (DMT) dan Etilena Glikol (EG) dengan menggunakan pemangkin tertentu. Bahan campuran seperti DEHA juga ditambah kepada bahan asas untuk menghasilkan botol mengikut reka bentuk yang dikehendaki,” katanya. Beliau berkata, antimoni yang boleh menyebabkan barah hanya digunakan dalam proses tindak balas kimia dan sepatutnya tidak wujud dalam botol plastik. Walaupun ada dakwaan bahawa bahan kimia seperti DEHA boleh larut resap dalam air, setakat ini, katanya tidak ada fakta saintifik untuk menyokong dakwaan itu. Katanya, DEHA yang digunakan dalam pembuatan botol plastik bukan kategori 1 (Di-ethyl Hydroxyl Amine), iaitu logam berat yang boleh menimbulkan masalah kesihatan, tetapi kategori 2 (Di-2-ethyl-Hexyl-Adipote) yang walaupun ada kesan sampingan, tetapi lebih rendah.
Dr Ishak berkata, dua faktor yang menyebabkan penggunaan botol plastik air galian secara berulang kali membahayakan kesihatan pengguna ialah perubahan sifat kimia akibat haba dan kesan penuaan.“PET hanya tahan haba hingga 60 celsius dan jika lebih tinggi, botol tidak cair tetapi lembut. Bagaimanapun yang membimbangkan proses larut resap mungkin boleh berlaku. Bagaimanapun, ini juga tidak ada bukti saintifik yang kukuh,” katanya.Sehubungan itu, katanya mereka yang ingin menggunakan bekas air secara berulang kali dinasihat tidak menggunakan botol plastik PET, tetapi polikarbonat yang lebih tahan haba, iaitu hingga 130 atau 140 celcius, berbanding suhu air mendidih, 100 celcius.Katanya, ini bermakna air mendidih boleh terus disimpan dalam bekas plastik polikarbonat.
Walaupun wujud dakwaan kewujudan bahan kimia seperti Bisfenol A (BPA) yang boleh menyebabkan barah, tetapi kehadiran BPA dalam air minuman masih tidak disokong secara saintifik. Dari segi kesan penuaan, katanya botol plastik terdedah kepada perubahan sifat apabila digunakan berulang kali seperti pecah dan walaupun hanya kemek, proses larut resap juga mungkin boleh berlaku serta memudahkan pembiakan bakteria. Walaupun terdapat pelbagai dakwaan mengenai bahaya penggunaan botol plastik seperti boleh berlaku proses larut resap, beliau yakin keadaan masih terkawal, tetapi pengguna perlu mengelakkan menggunakan botol berulang kali.Pada masa sama, beliau mencadangkan beberapa langkah pencegahan seperti penggunaan botol plastik mengikut kegunaan seperti polikarbonat untuk menyimpan air panas dan bukan PET. Dr Ishak berkata, botol yang pada suatu ketika digunakan secara meluas, termasuk untuk botol susu bayi adalah lebih selamat, tetapi semakin tidak popular kerana berat dan mudah pecah, manakala lebih mahal kepada pengeluar botol.
Pilihan lain tetapi masih di peringkat kajian, katanya ialah menggunakan botol plastik menggunakan bahan asas dari bahan tumbuhan seperti kelapa sawit dan jagung, tetapi bahan campuran masih menggunakan bahan kimia.
JENIS PLASTIK:
1. Ployethylene Terephthalate (PET) - Bersifat lembut dan digunakan sebagai botol minuman ringan, termasuk air mineral
2.Polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) - Lebih keras. Sesuai untuk peralatan alat tulis
3.Polivinil Klorida (PVC) - Keras. Sesuai untuk salur paip
4.Polietilena Linear berketumpatan rendah (LDPE) - Lembut. Digunakan sebagai bungkusan plastik
5.Polipropilena (PP) - Keras. Digunakan sebagai peralatan alat tulis
6.Polistirena (PS) - Lembut. Bekas makanan yang kebanyakan peniaga makanan di Malaysia gunakan
7. Polimer campuran - Dibuat untuk pelbagai jenis bahan plastik

Alahai Anak Ayah

Bangga Kerana Impian Tercapai

Tiru Gaya Dalam Iklan Syampu

Lokasi Tempat Mandi


Mungkin semua orang tertanya-tanya dengan gambar diatas. Anak ayah Wan Nurul Maisarah yang aktif, cerdik, pintar dan berfikir lebih dari Ibu dan Ayah. Syukur pada ALLAH S.W.T.
Jumaat lepas semasa Ibu Maisarah tengah masak di dapur dan PPT tengah mandi, Anak Ayah telah dapat panjat almari solek aka tempat dia selalu 'practice' climbing dia dah dapat botol minyak Baby Johnson. Apa lagi mandi minyak la dia. Habis separuh botol dia buat mandi manda. Bila PPT keluar tandas, langsung tak dengaq bunyi loceng kaki, maknanya dia tengah buat sesuatu. Risik punya risik dia dah pun berlumuran dengan minyak.
Nasib baik la minyak tu tak pedihkan mata dan Alhamdulillah Anak Ayah selamat. Selama nie sejak sebelum puasa lagi dia dah 'aim' botol minyak tu dan minggu lepas dia berjaya.
Alahai Anak Ayah..... Nak ikut macam ayah dia la tu.... Mandi minyak jugak.

Cheers....

Jumaat, Oktober 17, 2008

Al-Kisah Hari Raya 2008 (Bahagian 2)

Pak Chaq aka Abang Mak PPT

Anak Ayah di rumah Yasir Foo

Bersama Sabani Mat Desa - My First Recreation Sifu

Ibu Maisarah Bersama Bai - Manager Pizza Hut

Bersama Zaraim Mat Lazim - My Third Recreation Sifu


Hari Raya Ketiga selalunya kami akan mula bertandang dalam kawasan Pulau Pinang. Jadi seperti biasa rumah Pak Chaq and Kak Maheran akan menjadi salah satu destinasi kami tahun nie. Raya ketiga cuma dapat bertandang ke 2 rumah sahaja selain menziarahi kubur arwah Tuan Othman Hajid aka ayah PPT.
Malam Sabtu meneruskan percutian raya kami ke Parit Buntaq pula iaitu rumah mertua PPT. Biasa la kat sini bab makan dan minum memang sentiasa ada tanpa ada halangan kerana banyak tukang masak 'available' sepanjang masa.
Raya keempat banyak dihabiskan dalam kawasan Perak dimana ke rumah Yasir Foo, rumah Along, rumah Wati dan sebagainya.
Raya Kelima iaitu Ahad PPT sekeluarga ke negeri Kedah untuk 'Jejak Kasih' cikgu-cikgu rekreasi PPT yang tak berjumpa lebih kurang 12 tahun. PPT cuma dapat berjumpa dengan Abang Sabani Mat Desa dan Zaraim Mat Lazim. Abang Chot aka Fisol bertugas dan masa tu dia di Terengganu. So insyaALLAH masa Raya Haji nanti PPT akan Jejak Kasih Abang Fisol di Balai BOMBA Kepala Batas. Selain tu jugak Ibu Maisarah dapat berjumpa dengan 'classmate' lama iaitu Bai batch Talang yang sekarang nie bekerja sebagai Store Manager di Pizza Hut Bukit Mertajam. So malam tu makan free lah kami.
Hari Isnin tu sempat lagi PPT 'outing' tapi Ibu Maisarah dan Anak Ayah direhatkan kerana mereka telah penat dan kehabisan tenaga. PPT keluaq dengan Wan aka adik Ipaq yang mana banyak bloggers kenai dia la kan. Kami weng sana weng sini sampai ke Bandar Perda dan Bukit Mertajam sekali lagi.
Hari Selasa tu teriuh balik ke Puchong Selangor tapi sempat lagi singgah rumah Yasir Foo ambik Putu Kacang yang amat mantap.


Cheers....

Al-Kisah Hari Raya 2008 (Bahagian 1)

Anak Ayah Dengan Posts Tersendiri

Kenalan Arwah - Tauke Lim Sekeluarga

The PERLU'S - Nie Dah Masuk Round Ketiga

Besday Boy Dibantu Oleh Anak Ayah

Ibu Maisarah Membantu Memotong Kek

Hari Raya merupakan salah satu kegembiraan bagi semua Islam apabila diraikan selepas penat sebulan berpuasa. Bagi keluarga PPT, setiap tahun kami akan mula beraya di Pulau Pinang sejak arwah tiada. Ini adalah kerana PPT bertindak sebagai keluarga akan menguruskan hal-hal kewangan keluarga pada musim perayaan dan sebagainya. So dalam erti kata lain selalunya raya pertama dan kedua kami akan ada dirumah berehat sambil menanti kehadiran kenalan arwah dan kawan-kawan lain.
Selain itu juga kami akan membantu Puan Aisha Sulaiman aka Mak PPT dalam menangani tempahan seperi Roti Jala, Kari dan sebagainya. Ini semua adalah lumrah sejak 20 tahun lepas. Bila ada order tu, waktu tidur memang akan kurang lah. Raya pertama kebanyakan masa dihabiskan dengan berehat sambil tengok TV.
Raya kedua selalunya rumah PPT akan mengadakan jamuan Open House. So kali nie banyak lah yang bertandang ke rumah dari tengahari hingga malamnya. Antaranya Lan Kecik, Yasir Foo, Syarnizal Kodok, Tauke Lim Kedai Motorsikal, Farid Motorsports, Ali Ais Kacang, Keluarga Kak Yani dan sebagainya. Lagipun tahun nie Kak Ina dan Nurul buat suprise celebrate besday PPT siap ada kek la. Thank You For The Effort.
Cheers...

Khamis, Oktober 16, 2008

Penyakit Bermusim - Open House 2008

Dari kiri - Ika, Mohd Sani Hassan, PPT, Ketua Polis Selangor

Bersama ASP Hanyan Hj. Ramlan - Pegawai Unit D9 Selangor

Tahun 2008 merupakan salah tahun paling menggembirakan dan murah rezeki bagi kami-kami yang tinggal berjauhan dari kampung dan hidup merantau dinegeri orang.
Setelah selesai menyambut 1 Syawal di kampung, apabila pulang ke tempat mencari rezeki masih lagi terasa dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. PPT sendiri bermula dengan Open House Rumah Boss aka Hicmat minggu lepas, minggu nie insyaALLAH akan murahlah rezeki PPT sekeluarga lagi. Hari Sabtu nie ada lagi 2 jemputan, satu di Taman Puchong Utama dan satu lagi di Taman Setapak Indah. Itu tidak termasuk untuk peluang ziarah dan beraya di Desa Aman 2 Pantai Dalam. Hari nie sahaja PPT telah menghadiri sambutan Open House IPPK Selangor yang dijemput khas oleh Ketua Polis Selangor. Majlis bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.
Semalam pula menghadiri sambutan Hari Raya dijemput oleh Tuan Azman dari Klang. Majlis bermula pada sebelah malam hingga lewat pagi. Ini juga termasuk meraikan Besday Boy yang dah 39 tahun kalau tak salah PPT.
Yang masih dalam desas desus pula jemputan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd untuk ahli Neighborhood Watch Program yang dijangka pada 24 Oktober 2008 bermula dari petang hingga malam. Selain itu IPPD Shah Alam melalui Ketua Polis Daerah dijangka mengadakan majlis yang sama pada 29 Oktober 2008 tapi mungkin bermula tengahari.
Alhamdulillah masih ada lagi budaya ini untuk mengeratkan persahabatan antara satu sama lain tetapi bila dah ada makan 'free' nie, kenalah jaga-jaga pemakanan nanti ada yang MC pula....
Kepada yang telah menjemput, terima kasih daun keladi......
Kepada yang belum menjemput, kalau boleh jemputlah kami.......
p/s: Tak tau lagi la samada 'Home Of The Reserve' akan mengadakan Open House ke tak.....

Cheers....

Rabu, Oktober 15, 2008

Bekas Dekan UiTM Dipenjara

SHAH ALAM 15/10/2008: Bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Md Saberi Md Salleh hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperakui dokumen pengakuan penerimaan palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sedangkan peralatan itu tidak dibekalkan. Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof turut menjatuhkan hukuman yang sama ke atas pemilik syarikat pembekal peralatan sukan, Zaleha Abd Rahman kerana bersubahat melakukan perbuatan itu dengan menandatangani dokumen terbabit. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di fakulti terbabit di UiTM Shah Alam, antara 24 Mac hingga 2 Apr 1999 dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi. Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah jaminan terhadap kedua-dua tertuduh iaitu Md Saberi berjumlah RM17,000 dan Zaleha berjumlah RM15,000.
Untuk Datuk Dr. Master Sabri Salleh, banyakkan berdoa kepada ALLAH S.W.T. PPT sebagai salah seorang alumni yang pernah mengenali Datuk mengharapkan Datuk tabah menghadapi dugaan ALLAH S.W.T. Jasa Datuk memastikan adanya kemudahan-kemudahan terdahulu tidak akan dilupakan insyaALLAH.

Yasir Foo - Terima Kasih

10 Oktober merupakan salah satu titik sejarah penting apabila sedang leka membaca posts dari Rembang Waktu tentang misteri kehilangan cincin, PPT pun terkejut jugak apabila cincin nikah yang 24 jam dipakai hilang dari tangan kanan. Entahlah kat mana jatuh tak sedaq langsung. Mula la dok kalut sana sini cari. Tanya isteri tercinta ada nampak pun sama jugak. Semua tak ingat dan tak tau bila cincin tu last kelihatan. Cari punya cari punya cari punya tak jumpa. Doa punya doa punya Alhamdulillah malam semalam cincin tersebut mai semula ke bilik tidur kami. Pelik kan tapi inilah kebenaran dan kebesaran ALLAH S.W.T
PPT dok tengah mamai tiduq tiba-tiba Nurul Safinas habaq dia jumpa cincin tu masa tengah tidurkan Wan Nurul Maisarah. Walhal habih satu rumah kena geledah cari cincin kesayangan tu. So untuk lebih berhati-hati akan ada daily inspection untuk memastikan cincin tu selamat dan tidak hilang lagi.
Kalau Yasir tak posts tentang cincin tu, mungkin PPT sampai hari nie tak sedaq yang cincin tu hilang dari tangan. Thank You Bro.
Cheers....

Selasa, Oktober 14, 2008

Spider - Rela Ku Pujuk

Hari nie PPT tak ada kesempatan untuk posts sesuatu yang power sebab sibuk dengan persiapan meeting 'security' minggu hadapan melibatkan PDRM, MBSA dan BOMBA. Ini juga termasuk ahli-ahli dari syarikat lain dalam kawasan Seksyen 26 Shah Alam.
Selain itu jugak PPT sendiri telah berjumpa beberapa orang yang suatu ketika dahulu penting dalam proses pelaksanaan Level III Pemimpin Rekreasi Kebangsaan Malaysia. Otai nie dah patut masuk kategori Yoda kerana beliau sendiri join kursus Level III Siri 11/1989. Beliau merupakan antara batch Trainer pertama yang dihasilkan oleh KBS di Pulau Rebak, Langkawi. Sekarang pun batch dia dah banyak hilang begitu sahaja. Banyak pengalaman dan ilmu yang dibualkan tapi yang bestnya Yoda ini tahu apa yang sedang berlaku dalam Level III sekarang. Sebagai orang muda, PPT banyak mengambil dan mencedok ilmu yang disampaikan agar dapat digunakan dalam hidup kelak insyaALLAH. Pengalaman beliau amat luas dan dia tidak segan silu memberi ilmu dan nasihat. Terima kasih Tuan Hj. Speedo.
Itulah kita nie, sebagai manusia kita sendiri kadang-kadang lupa untuk menerima nasihat orang yang lebih tua atau lebih matang dari kita. PPT sendiri suatu ketika dahulu pun macam tu juga. Bila dah terhantuk baru teringat nak mengelak. Macam arwah bapak PPT selalu cakap; 'Hang nie bila dah berak baru nak korek lubang'. Dulu sakit hati juga sampai berdesing telinga PPT tapi la nie dah paham pasai apa arwah pesan macam tu.
Ada juga kawan-kawan PPT bila dah ikut kursus atau belajar sama macam apa yang cikgu/pelajar matang/senior depa belajar, depa nie mudah lupa dan hormatnya pada cikgu/pelajar matang/senior dah mula tiada. Nie semua pasai rasa depa sama level tapi depa tak tau pengalaman mendewasakan manusia.
So sebagai orang muda, balajarlah terima nasihat orang tua atau orang lama. Jangan ingat kita tu dah dapat hidup macam otai-otai lain. Pujuklah diri sendiri untuk sentiasa bertanya dan memberi maklumat supaya orang lain paham situasi kita dan hidup kita. AMIN.
Cheers....

Isnin, Oktober 13, 2008

Hicmat Open House 2008

Bestnya Kami Diraikan Macam Nie....

PPT Booking Lauk BBQ dari Chef Lan Kecik

Tarikh Lahir Yang Sama Cuma Yang Berbezanya Umur

Bila Tetamu Dah Reda, Baru Kami Makan Dengan Tuan Rumah

PPT dan isteri ingin mengucapkan kepada Boss, Kak Liza, Kamilia dan Kamil kerana sudi bersama-sama menyambut 'besday' Wan Nurul Maisarah. Rasanya inilah pertama kali sambutan 'besday' dilaksanakan secara besar-besaran. Jasa baik Boss sekeluarga membenarkan penggunaan rumah sendiri amatlah dihargai.
Kepada orang lain yang sambut 'besday' jugak tahniah diucapkan kerana masih mampu menyambutnya. Akhir kata kepada geng dan otai PERLU yang tolong Boss buat preparation PPT nak ucap TQ sekali kerana menjayakan aktiviti siaran langsung ini.
Kepada mereka yang dapat dan tak dapat membawa 'couple' masing-masing, mungkin ada "halangan" yang menanti anda minggu lepas tetapi ada juga nasihat yang PPT ingin sampaikan tapi bukan dalam coretan ini. Nasihat ini amat enak dan sedap disampaikan apabila bertentang mata....
Contoh terdekat yang dapat ceritakan adalah PPT sendiri jumpa PERLU baru jumpa Kak Nurul hangpa...... kalau tak jumpa PERLU mungkin masih bujang lagi la dan tiada komitmen dalam hidup.

Cheers.....

Push To Talk - PTT

Orang lain dok sibuk menceritakan tentang 'Hari Raya Fever' tapi dalam dok seronok-seronok PPT ingin mengajak geng dan otai PERLU marilah kita sama-sama menggunakan kemudahan dari Maxis ini. PPT nampak yang ini amat baik untuk kita semua kerana kadar 'charge' kira ok lah selain dari takp payah sms dan telepon sana sini.
PPT pun taklah pandai sangat cuma berdasarkan maklumat dari Maxis Careline (1300-820-120) ianya seperti penggunaan walkie-talkie cuma kita guna telepon sendiri. Kalau kita layan yang 'monthly charge' harganya cuma RM15 sebulan dan boleh digunakan 24 jam. Kalau kita layan yang 'daily charge' harganya cuma RM1 sehari tapi hanya boleh digunakan sehingga 12 tengah malam setiap sahaja. Kalau nak diikutkan orang macam kita nie kalau guna PTT nie amat lah baguih sangat, tak payah nak mendial atau menaip. Macam guna walkie-talkie la.
Syarat-syarat penyertaan adalah telepon kita perlu ada GPRS dan fungsi 3G. Selain tu juga telepon kita boleh akses internet dan pernah digunakan untuk melayari internet. Tidak dilupakan telepon kita sendiri ada kemudahan PTT seperti yang dipaparkan dalam menu telepon.
Minta maaf la pada mana-mana kengkawan atau geng PERLU yang menggunakan telepon cap ayam. Cari duit sikit teruslah upgrade yea insyaALLAH.
PPT macam berminat tapi kalau ikut cakap brother kat Maxis Careline tu, kalau nak guna kemudahan PTT nie kita dah kena ada kawan-kawan yang menggunakan kemudahan yang sama. Kalau kita sia-sia bayar RM15 sebulan. PTT akan banyak membantu masa kita berjauhan dan masa kita Outing. Tidak dilupakan kepada 'couple' dalam dan luar PERLU yang bercinta sana-sini macam bangunan dah nak runtuh tu.
So apa macam semua? Ada berani? Nak tau lebih lanjut teleponlah Maxis Careline. Nombor ada kat atas untuk pertanyaan, kod dan starting instructions. Lagi satu sebelum terlupa Prepaid pun boleh Postpaid pun boleh.
PPT tak pasti samada untuk CELCOM ada ke tak........
Cheers....

Khamis, Oktober 09, 2008

PPT - I am back

Salam semua;
Selamat Hari Raya Aidilfitri lagi la kan. PPT baru memulakan tugas rasmi bermula hari nie kerana semalam terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan dengan segera. Hari nie jugaklah PPT dapat jumpa internet dan memulakan aktiviti seperti biasa.
Pelbagai perkara menarik seperti suka dan duka, susah dan senang, pahit dan manis, masam dan masin yang dilalui semasa cuti perayaan ini akan dicoretkan bila ada kelapangan. Beri PPT sedikit masa. Ada 'urgent tasks' perlu diselesaikan walaupun hidup berblog ini 'important' bagi PPT.
Cheers...

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor