Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, September 29, 2008

Marilah Cuba Nasib



Cuba teka jenis kenderaan ? Teka nama pemandu? Teka masa dan tempat? Teka tarikh dan lokasi? Cuba teka macam mana gambar nie boleh dipaparkan?

Setiap peserta yang berjaya akan diberikan sesuatu sebagai hadiah kerana berjaya meneka. Hanya peneka-peneka tepat akan disenaraikan dalam list untuk para pengadil nanti InsyaALLAH.

Cheers......

Sabtu, September 27, 2008

Selamat Selamat Selamat



Saya Mazlin bin Othman mewakili semua ahli keluarga saya memohon ampun dan maaf kepada semua manusia yang masih hidup di muka bumi jika kami ada pernah menyinggung hati dan perasaan. Halalkan makan, minum, aiskrim, beg plastik, pen, kertas atau lighter yang penah terambil oleh kami jika ada.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk tahun 2008. Tahun depan mintak maaf lain la...

Cheers.....

Arwah Othman Hajid
Puan Aisha Sulaiman
Wan Mazlina Othman
Wan Mazlini Othman
Norman Abdullah
Mazlin Othman
Nurul Safinas Mohd Madabighi
Wan Mazlifa Othman
Jazmina Norman
Mohd Jazman Norman
Wan Nurul Maisarah Mazlin

Rabu, September 24, 2008

Khabar dari Tasmania - Siri 2


Sabtu lepas PPT menerima panggilan telepon dari KakChik yang kini menetap di Australia. Kami bersembang lebih kurang 1.5 jam dan banyak yang kami sembang. Masa tu PPT tengah memandu untuk ambik Ibu Maisarah di TESCO Puchong. KakChik menceritakan pengalaman terkini mengharungi budaya hidup di sana, tabah menghadapi Ramadhan dan bagaimana anak saudara PPT Jazmina dan Jazman mengharungi persekolahan di mana bahasa pengantaraan adalah Inggeris. KakChik kata depa berdua nie cakap BI dah macam bertih jagung, Alhamdulillah. KakChik jugak menceritakan perkembangan PhD dia dimana tahun depan Mei 2009 dia akan pulang 3 bulan untuk 'collect data' dan 'present paper'.
KakChik nie sorang yang mental nya kuat sepanjang masa. Masa dia tengah buat Master kat United Kingdom (College of St. John), dia sorang-sorang kat sana dalam setahun lebih. Makan sorang, menginap pun sorang, pi shopping pun sorang dan tahap keberanian dia nie rasanya diceduk dari Ibu Aisha Sulaiman kot.
Dari zaman bujang dia dah kerja kat UPSI. Mengajaq Bahasa Inggeris la katakan. Antara ALumni yang penah kena dengan dia adalah Ema Syamsida. PPT ingat lagi masa Ema tanya; "Abg Malin ada kakak mengajar kat UPSI ka? Dia kata dia kakak Abg Malin..." PPT jawab masa tu "Mana ada; hang nie silap orang kot. Tapi kalau dia kata macam tu maknanya betoi lah tu kakak Abg Malin". KakChik menceritakan pengalaman mengajar pelajar Sains Sukan di UPSI menyeronokkan dari pelajar jurusan lain. Lebih lagi kalau pelajar dari FSR UiTM Shah Alam sebabnya budak-budak nie dah ada 'basic English' walaupun kadang-kadang cakap BI berterabuq.
Masa single pun balik kampung pun sorang-sorang dengan kancil 'power' PEF 3412 warna putih. Boleh dikatakan KakChik nie (kakak PPT nombor 2) seorang yang mampu hidup dimana sahaja dan tahap 'survival' dia amat memberangsangkan.
Zaman sekolah menengah pulak, KakChik dan KakIna bersekolah di tempat yang sama. Sekolah Menengah Perempuan St. George Pulau Pinang (SGGS). Depa selalu pi sekolah sama-sama dan ada jugak partner. Tapi sekolah nie dengan Penang Free School (PFS) satu ketika dulu adalah musuh tradisi dalam bidang akademik dan lain-lain. Budak pompuan kat sekolah nie memang 'ranggi-ranggi' memandangkan sekolah semua pelajar perempuan, dia punya 'action' tu lebih sikit. Kami akan selalu bertengkar antara kehebatan sekolah masing-masing masa kat rumah.
Rasanya la nie dia kat Aussie tu mesti la dapat hidup dengan baik walaupun dia dah mula rindukan suasana raya, makanan Malaysia dan sebagainya. PPT selalu kata kat dia, nie semua sementara saja. Pastikan 'research' siap 'on time' dan balik ke Malaysia pada 2011 dan semua akan kembali seperti biasa. Semua boleh makan, takpayah nak pakai baju sejuk sepanjang masa.
KakChik - Good Luck and Just Do It.
Cheers....

Isnin, September 22, 2008

Biar Lambat Asalkan Dapat

Hujung minggu lepas banyak dihabiskan bersama-sama keluarga dan adik-adik sekalian. Hari Sabtu lepas berbuka dengan geng PERLU tapi kami tak lah join main bowling. Sukan tu tak lah mencabar sangat untuk kami tetapi kami lebih kepada 'Mengkaji Kelopak Mata Dari Aras Dalam' semasa geng PERLU sibuk dengan bowling. Kami sekeluarga hanya berjumpa mereka semua di tingkat 4 untuk berbuka di Food Court. Tapi lain sikit dan jadi, orang punya la ramai so kami turun punya turun punya turun dan berbuka di sebuah gerai berhadapan bangunan MRCB. Alhamdulillah dapat jugak berbuka bersama walaupun masa agak singkat. Best lah tengok kali nie sapa yang dah 'bercouple' membawak pasangan masing-masing. Tapi sampai bila nak hidup 'bercouple' macam nie. Biasa la macam-macam alasan; muda lagi la, duit belum cukup la, rumah belum ada la, belum ada komitmen lagi laaa dan sebagainya.
Nasihat PPT, jangan jadikan alasan sebagai kayu pengukur untuk melambatkan sesuatu kejayaan. Kena lah usaha, kalau tak usaha kena lah belajar tanam pokok yang boleh keluarkan duit; Mudah lah sikit naaaa.
Selepas berbuka kami sekeluarga singgah sebentar ke Up Town Shah Alam untuk melihat perkembangan disana. Jam 10 malam orang dah macam-macam jenis ada. Tetapi apa yang membimbangkan kat kawasan nie ianya mengganggu kediaman dan tahap habuk dan debu akibat jalan yang tidak diturap amat membimbangkan. Sapa-sapa yang ada masalah penat atau alergik habuk atau debu, sila jaga-jaga.
Hari Ahad lepas sepatutnya kami sekeluarga berehat sahaja dirumah tetapi tiba-tiba bekalan elektrik terputus dari jam 10 pagi hingga 7 petang. So apa tunggu lagi..... Maisarah serta ibunya diarahkan untuk siap sedia untuk lawatan berpandu kat luar. Kami banyak habiskan masa di Subang Parade dan Carrefour untuk memastikan segala objektif persiapan raya tercapai tanpa sebarang halangan. Syukur semuanya berjalan lancar dan insyaALLAH semua alatan untuk menyambut Syawal minggu hadapan telah siap sedia untuk digunakan. Dapat jugak beli baju untuk 2 orang 'babysitter' Maisarah kat Nursery (Atun & Bibik).
Cheers....

Jumaat, September 19, 2008

Kunjungan Bermakna


Minggu nie PPT agak sibuk dengan kunjungan salah sorang 'dotted line' Boss dari HQ. Mamat nie nama dia Rick Lattanzio. Dia nie merupakan satu-satunya manusia yang menjaga Sekuriti syarikat seluruh dunia. Bukanlah dia jaga 24 jam tapi kerja dia monitor risiko-risiko sedia ada dan pastikan semua 'site' menjalankan program yang telah dirancang oleh pihak HQ. Memang 'best' PPT dapat meluangkan masa lebih kurang 4 jam berbual dan berbincang tentang hal Sekuriti dan ERT. Banyak perkara baru dan cadangan antara satu sama lain dapat dikongsi bersama. Masa PPT jumpa dia tahun 2006 muka kemas aja tapi la dia dah simpan jambang macam koboi pulak. Mentang-mentang dia tinggal kat Texas dan ada ladang kuda sendiri termasuk lapang sasar menembak peribadi. Rick berpengalaman luas dalam bidang nie lebih dari 20 tahun semasa dia masih lagi AMD. Maaf naaaa, sapa-sapa tak tau AMD tu apa tengok internet naaa.
Walau macam mana pun PPT amat berbesar hati Rick dapat datang dan dia telah memberi jemputan untuk PPT hadirkan diri ke Austin, Texas.

Cheers...

Selasa, September 16, 2008

Budak Melecur Kena Gulai-BERITA HARIAN

Nasib budak tu - Harap dia akan sihat insyaALLAH

Kalau nak betul-betul selamat, macam nie pun boleh

50 peratus badan kanak-kanak cedera terjatuh dalam periuk.
Zaman dah mula berubah. Kalau dulu bila nak raya dan sekarang pun macam tu, kita nanti dengar yang ada budak hampir hilang jari atau buta kerana mercun tetapi sekarang lain pula ceritanya.
Cerita yang membuat orang macam PPT terkejut dan marah dengan apa yang berlaku. Kesian budak tu, atas kelalaian ibu bapa yang leka mencari duit anak yang menjadi mangsa melecur. Bagaimana pula nasib dia bila dah dewasa nanti.......
Kalau ikut apa yang TV3 termasuk dimaklumkan oleh bapak budak tu, periuk tersebut diletakkan atas lantai selepas selesai memasak. Kawasan tu pulak luas dan pastinya menjadi kegemaran budak-budak untuk bermain. Manalah budak tu tau yang periuk tu panas ke sejuk. Budak-budak tak tahu macam mana panasnya isi dalam periuk yang tengah menggelegak dan berasap tu..... Mana perginya 'safety precaution' dan 'basic first aid knowledge'?
Yang memanaskan PPT bila tengok raut muka bapak tu dalam TV3 semalam tak menampakkan yang depa nie rasa bersalah atas apa yang berlaku. Tengok muka mak budak tu dalam suratkhabar hari nie PUN SAMA. Kalau nak diikutkan biar mak bapak nie diheret ke muka pengadilan dan jadikan ini suatu pengajaran kepada orang lain yang terlampau sibuk mencari duit tanpa ambik kira keselamatan anak-anak.
Biasa la kat Malaysia selagi belum ada yang mati disebabkan perkara-perkara macam nie, takdak sapa yang nak bising dan bangkitkan hal nie......
Nasihat kepada orang lain - Tolonglah awasi anak-anak kita sepanjang masa terutamanya di dapur atau di tandas. Tempat-tempat macam nie kemalangan mudah berlaku..


Cheers....

Isnin, September 15, 2008

Syoknya Nak Raya !!!

Kat kedai baju kurung sambil makan keropok tuan kedai punya

Bersama Ibu Tersayang di 'Coffee Bean'

Sibuk Melayan 'Chicago Cheese Cake'

Hasil Selepas Penat Sehari

Aktiviti hujung minggu lepas PPT sekeluarga banyak dihabiskan di luar. Objektif kali nie adalah sedikit sebanyak membeli peralatan untuk menyambut Syawal insyaALLAH yang bakal menjelma sedikit masa nanti. Tahun nie merupakan tahun ketiga PPT hidup berkeluarga. Kalau tahun lepas sambutan raya hanya 'simple' sahaja, tahun nie sambutan Aidilfitri ala kadar sahaja. Kami banyak habiskan masa di PAS dan SACC Mall saja. Dah tak payah ke KL atau tempat lain kerana banyak pilihan dan harganya jauh lebih baik dari KL dan tempat lain. Itu pun idea Kak Liza berdasarkan apa yang Kak Liza dan Boss dah beli sebelum nie. Tidak banyak yang dibeli cuma tahun nie lebih fokus kepada Anak Ayah punya kelengkapan menyambut Aidilfitri. Beli baju kurung sikit, kasut sikit dan lain-lain sikit. Tapi paling senang ialah beli yang saiz besar sikit, dapat la pakai lama sikit dari macam pakai dan buang.
Berbuka pada Sabtu lepas pun hanya secara sederhana di 'Coffee Bean' sebelum meneruskan perjuangan mencari apa yang patut.
Hari Ahad banyak dihabiskan di rumah dan tak ke mana pun. Ianya lebih kepada berehat sambil menghabiskan mana-mana kerja rumah yang belum diselesaikan.
Syuku Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...


Cheers...

Jumaat, September 12, 2008

We Share Our Global Family

Aksi Budak Baju Hitam

Bestnya dapat jumpa abang-abang semua....

Here Are The Champions !

Malaysia - Sempena bulan Ramadhan 2008, salah satu persatuan rekreasi yang aktif di Selangor telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Kolam Renang UiTM Shah Alam, Selangor. Lebih kurang 50 orang yang puasa dan tak puasa telah berjaya menghadirkan diri walaupun ianya dirancang secara 'last minute'.
Kehadiran adalah terdiri daripada para pensyarah, ahli PERLU UiTM, Alumni PERLU UiTM, kanak-kanak, mak budak dan lain-lain lagi. Ada yang dari Sabah, Sarawak, Johor, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan macam-macam lagi negeri lah menghadirkan diri mereka tanpa segan-silu.
Menu kali nie telah ditempah melalui katering dan Alhamdulillah semuanya sedap belaka. Cuma bab air minuman tu kalau minum banyak sangat kaki boleh kena potong sebab kena kencing manis. Sate yang masak dan tak beberapa masak pun semua habis disapu. Inikan pula juadah-juadah lain.
Kepada yang telah menghadirkan diri dan sanggup menghabiskan masa bersama-sama, terima kasih diucapkan dari PPT kerana bukan senang PPT nak jumpa semua junior-junior yang hebat-hebat belaka.

p/s : Untuk Shila, hayati sebahagian dari gambar tersebut. Jangan la nangis selalu nanti jadi Osman Jailani. Sedih tak dapat 'join' jamuan berbuka adalah sama sedihnya seperti tak dapat ikut ke Final Camp. Cepat-cepat lah ambik lesen kereta dan lepas tu beli lah kereta sendiri ke, sewa ke, pinjam ke, rampas ke, kerana lepas nie ada pula gathering besar-besaran melibatkan ahli PERLU seluruh Malaysia. Tidak dilupakan jugak ada lagi 161 aktiviti yang bakal dilaksanakan. Lanie baru 3 saja dilaksanakan. Memang GEMPAQ nanti....
p/s : Untuk para MT PERLU UiTM, sila pastikan next time makluman awal sikit dan tolong make sure semua Alumni yang penah menabur budi dijemput. Yang nama aje Alumni tapi tak penah menabur budi, tak yah la panggil.
p/s : Untuk Tuan Azmi, jangan lupa finalize bab kemunculan t-shirt untuk Alumni sahaja. Kena update secepat mungkin.
Cheers....

Khamis, September 11, 2008

Dunia Lelaki: Gaji Suami Hak Keluarga

Anjakan paradigma perlu dibuat supaya pendapatan bulanan tidak menjadi satu penentu dalam perkahwinan.
FENOMENA suami isteri bekerja bukan perkara baru pada alaf ini. Kos sara hidup yang tinggi khususnya jika tinggal di kota membuatkan isteri turut bekerja bagi menampung pendapatan seisi keluarga. Namun, lazimnya gaji yang diperoleh isteri dikatakan hanya untuk kegunaan sendiri sedangkan gaji suami digunakan untuk keperluan sekeluarga. Keadaan ini menyebabkan ada lelaki yang merungut, berasa tidak adil kerana terpaksa berkongsi gaji sedangkan isteri tidak perlu. Ini menyebabkan wang untuk keperluan diri sendiri berkurangan, berbanding isteri yang mempunyai kelebihan untuk menggunakan gaji yang ada bagi pelbagai tujuan, termasuk membeli barang kemas dan produk kecantikan. Benarkah?
Pensyarah Ekonomi Keluarga/Gender dan Pembangunan, Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengurusan Pengguna Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jariah Masud, berkata sekiranya meletakkan wang sebagai keutamaan, sesebuah keluarga itu sukar mencapai kebahagiaan.“Masalah tidak puas hati serta keengganan berkongsi perbelanjaan melalui sumber (wang atau masa serta tenaga) di kalangan suami atau isteri boleh dilihat sebagai mementingkan diri sedangkan perkahwinan yang ideal adalah satu perkongsian hidup. Isu yang dibangkitkan ini adalah isu yang perlu dilihat dari beberapa sudut.
Hasil penyelidikan menunjukkan, hampir semua wanita menggunakan gaji mereka untuk keluarga dan bukan sebaliknya. Tetapi, apa yang menyedihkan pada masa kini, ialah wanita yang berkongsi tanggungjawab dari sudut kewangan bersama suami, suami pula tidak mahu berkongsi masa dan tenaga untuk membantu meringankan beban tugas wanita dalam keluarga,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Dalam Islam, suami adalah ketua keluarga yang mana seelok-eloknya ketua keluarga itu mampu memberikan yang terbaik kepada isteri dan anak. Jika suami mampu memenuhi semua keperluan semasa, masa depan dan kehendak ahli keluarga dalam menjalani kehidupan secara optimum dan sejahtera, mungkin isteri tidak perlu keluar bekerja. Memandangkan kehidupan hari ini yang mencabar dengan peningkatan kos hidup serta perubahan masa, sebahagian besar wanita terpaksa bekerja supaya dapat menjamin kehidupan dan masa depan kewangan keluarga lebih selesa di samping membantu suami meringankan beban.
Jariah berkata, segala urusan rumah tangga masih diletakkan di bawah tanggungjawab isteri, walaupun si isteri berkongsi pendapatan bersama suami untuk meringankan beban sebagai saraan hidup. “Bagi isteri yang bekerjaya dan menggunakan gaji untuk kegunaan sendiri seperti membeli perhiasan diri dan pakaian untuk kecantikan luaran, pada masa sama tidak memberikan pendidikan sempurna dan makanan seimbang pada anak berikutan suami tidak cukup wang, adalah satu keadaan yang tidak sihat, kurang waras dan mempunyai kendiri yang lemah,” katanya.
Beliau berkata, Islam menggalakkan umatnya berbelanja secara sederhana dan pembaziran berlebihan dilarang. Sebaiknya sumber kewangan keluarga di gabungkan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan keluarga. Jika suami mampu, gaji isteri boleh digunakan untuk simpanan bagi memenuhi keperluan keluarga. Dalam Islam, tanggungjawab suami lebih meluas lagi selain mencari nafkah. Kegagalan menjadi penyara utama dalam keluarga bukan bermakna kegagalan sebagai ketua keluarga. Hari ini, ramai juga suami yang menerima pendapatan rendah daripada isteri, tetapi gagal menjalankan tanggungjawab lain. Dr Jariah berkata, malangnya kebanyakan suami isteri jarang berbincang mengenai kewangan sedangkan perbincangan terbuka antara pasangan itu dalam keadaan tertentu bersama dengan anak mereka adalah perlu dalam keluarga.
Semua perbelanjaan boleh dikongsi bersama dengan syarat suami dan isteri mempunyai simpanan untuk keperluan masing-masing. Isu suami berpendapatan rendah daripada isteri adalah senario yang berbeza dengan senario tradisi masyarakat kita. Perkahwinan tidak semestinya berasaskan kepada keadaan kewangan semata-mata.
Dalam konteks mencari kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian adalah kurang elok. Mungkin apa yang perlu di lakukan ialah meneliti cara gaya hidup keluarga supaya dapat memenuhi keperluan dengan apa yang ada. Banyak perkara lain yang boleh disumbangkan suami dalam keluarga selain daripada mencari wang. Bagi mereka yang bekerja mencari pendapatan lebih, sangat merugikan kerana terpaksa meninggalkan anak di rumah tanpa memberikan perhatian sewajarnya.
Kajian yang dijalankan beberapa tahun lalu, menunjukkan suami yang bekerja dari pagi hingga ke malam, hanya balik ke rumah untuk tidur. Alangkah malangnya, kerana bapa tiada masa untuk berinteraksi dan bermesra dengan keluarga demi mencari wang lebih. Wang penting, tetapi ia hanyalah alat yang di perlukan untuk membolehkan kita mendapat barangan dan perkhidmatan dalam kehidupan kita. Anak juga memerlukan model contoh yang ditunjukkan bapa dalam proses mereka membesar,” katanya.
Beliau berkata, realiti kehidupan sekarang, kebanyakan wanita berpendapatan tinggi berbanding pendapatan lelaki kurang seberapa. Selagi masyarakat menjadikan gaji sebagai ukuran dalam kehidupan, selagi itulah masalah akan wujud dan ada pasangan yang tidak akan berkahwin. Ini akan dipandang serong oleh masyarakat.
Kedua-dua pihak perlu melakukan anjakan paradigma supaya pendapatan bulanan tidak menjadi satu penentu dalam perkahwinan.
INFO:
Nafkah adalah tuntutan Islam. Ada pandangan menyatakan suami perlu memberi nafkah tetapi berapa nafkah yang diberi boleh dirundingkan. Bagaimanapun isteri yang bijak akan menggunakan nafkah untuk meringankan bebanan kewangan suami.
Cheers....
Petikan dari Berita Harian (March 2008)

Rabu, September 10, 2008

Indahnya Ramadhan 2008

Syukur pada ALLAH S.W.T.
Malam semalam lebih kurang jam 10 lebih PPT telah dikejutkan dengan satu panggilan telepon dari seorang hamba ALLAH. Masa tu pulak PPT tengah terlelap seketika. Orang tersebut merupakan antara orang harapan PERLU suatu ketika dahulu telah kurang 'communicate' dengan PPT. Entah tiba-tiba dia telepon pulak tanya khabar. Maklumlah orang nya berpangkat besar dan gaji pun besar jugak. Jangan takut, ini bukan musuh lama tapi salah sorang adik PPT jugak yang berjaya menghilangkan diri sendiri tanpa sebarang update.
Kami berkomunikasi lebih kurang dalam 10 ke 15 minit. Banyak yang dibincangkan selain bertanyakan khabar. Tapi bagi PPT hamba ALLAH yang menelepon tu seperti merindui sesuatu atau ingin bertanyakan sesuatu.
Kepada hamba ALLAH tersebut, kalau ada apa apa pertanyaan atau pertolongan yang PPT dapat laksanakan, rasanya hamba ALLAH tersebut tahu Taman Putra Perdana kat mana yea. Nombor dah ada, alamat email pun dah ada kan.....
Itulah yang indahnya tentang ikatan persahabatan, bak kata pepatah Biar Makan Dengan Kawan Jangan Kawan Makan Kawan.
Salam Aidilfitri.
Cheers.......

Selasa, September 09, 2008

Car Safety Tips - Panduan Balik Hari Raya

Tambat kat pokok

Pakai pedai ayam

Guna kerusi

Pakai Solex

Serkup stering

These safety tips are some general common-sense suggestions and is meant as a guideline only. The safety of you and your passengers is most important. However, remember that personal safety is your responsibility. Do what you think best under the circumstances. Above all, stay alert and be cautious.
YOUR VEHICLE
Familiarize yourself with the vehicle's safety equipment, including hazard lights, windshield wipers, the spare tire, seat belts and door locks. Always be alert to your surroundings and know how to reach your destination prior to your departure. Make sure the vehicle always has plenty of gasoline and always refuel before dark.
CRIME PREVENTION
Do not stop if a passing motorist tells you that something is wrong with your vehicle or if someone bumps you from behind. Pull into the nearest service station or well lit public area. Call the police for assistance. Always keep doors locked and windows rolled up when driving or when parked. Keep luggage, packages and valuables out of sight. Use the trunk and lock the glove compartment. Learn emergency vehicles' signals. Police lights are red and blue. Do not stop for flashing white headlights alone. Do not resist in the rare event that a stranger demands your valuables. Your well-being is more important than your belongings. Do not pick up hitchhikers under any circumstances. Always be aware of the pedestrian traffic around your vehicle. Always park in a well-lit area. Have car keys in hand and check in and around the car before entering.
STAY SECURE IN YOUR VEHICLE
If your car malfunctions on a major thoroughfare, lock the doors, turn on the hazard lights and wait for the police to arrive. If someone offers help, have them call the police. Do not pull over to assist what may appear to be a disabled car, even if someone tries to wave you down. If you have a cellular phone, you may wish to call the police. Drive to a service station or store if you need information or directions. Casual street-corner directions are the surest way to get lost.
Cheers....
Petikan dari MVFRA-2008

Isnin, September 08, 2008

Ramadhan 2008

Group photo sebelum mereka berlepas semula dari rumah PPT

Wan Nurul Maisarah pun sibuk dengan makanan yang ibu dia sediakan

Antara juadah dan lauk ala kadar yang sempat disediakan

Tu diaaaa, kali nie bukan orang yang berkawat la

Jumlah kasut yang membanjiri pintu rumah PPT

Minggu lepas hari Ahad sekumpulan manusia yang berpusat di Shah Alam dan Lembah Klang telah mendaratkan diri mereka untuk berbuka puasa di kediaman rasmi PPT sekeluarga. Ini bukanlah aktvt yang dirancang tapi sekadar mereka nak rasa macam mana keadaan berbuka dalam apartment kecik dengan serba kekurangan kemudahan yang disediakan. PPT sekeluarga minta maaf kalau ada kekurangan masa kumpulan nie mendarat naaaaa.....
Seramai 13 orang telah menghadirkan diri dalam pendaratan kali nie. Memang best suasana masa tu tapi rumah PPT kecik sikit dan ada yang tak selesa. Maaf sekali lagi.
Bab lauk pauk segalanya ala kadar sahaja. Cuma ada beberapa lauk biasa seperti ikan keli bakar dicampur dengan ikan talapia yang digoreng hasil tangkapan pemancing amatur aka Shawn, Abe, Azmi, AhBoy, Boxer di tasik berdekatan dengan rumah PPT.
Mulanya kata sorang dua saja nak mai tumpang berbuka, so PPT tak kisah lah kan tapi dari masa ke masa jumlahnya bertambah ke nombor diatas.
So apa pun terima kasih lah kepada yang sudi hadir dan kepada yang berminat untuk berbuka ala kadar boleh lah menghubungi PPT atau melalui ajen 0194400030.
Pada yang hadir tu PPT mohon maaf kalau ada kekurangan dari segi makanan, minuman dan keluasan kawasan pendaratan. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.


Cheers......

Sabtu, September 06, 2008

Hidup Untuk Makan Atau Makan Untuk Hidup

Yea Kak, beli satu dapat pun satu la....

Sejak harga minyak petrol negara kita meningkat dan baru sahaja turun 15 sen, PPT tak nampak dimana-mana pasar Ramadhan atau tempat lain berlakunya penurunan harga makanan dan minuman langsung. Semua harga yang dipaparkan berdasarkan harga semasa minyak petrol naik mendadak.
Baru-baru nie pun Pak Lah kejut nak turunkan lagi harga minyak 15sen mungkin jugak tidak akan membawa kebaikan kepada pengguna golongan rendah dan sederhana. Setelah 5 hari melihat, mengkaji dan mengukur harga makanan dan minuman di pasar Ramadhan ianya saling tak tumpah macam nak pi shopping baju raya. Selalunya bila nak beli baju raya nie pilih yang murah-murah dan boleh beli banyak. PPT sendiri sejak 4 tahun lepas takdak beli baju raya sangat. Pakai aje mana yang ada, bukan nak kena saman pun kalau tak beli baju baru. Yang pentingnya 'maintain' puasa penuh. Zaman sekarang nie kebanyakan muslim sibuk dengan baju raya, tudung dan lain-lain walhal puasanya belum tentu cukup. Yelah penat ke hulu ke hilir beli tu beli nie. Dah jadi ketua keluarga nie, keperluan anak isteri perlu diutamakan dari diri sendiri.
Bila tengok harga makanan dari para peniaga sebenarnya kita sendiri dapat memilih yang mana kita patut beli. Jangan la tengok makanan yang warna warni dan cantik mata memandang terus aje beli. Selain tu jugak bila tengok orang ramai tertumpu kat satu-satu gerai tu, kita pun jangan lah tumpang sekaki. Pergi la kat kedai lain yang mana orang tak ramai, harga murah dan makanan kira Ok lah jugak. Bagi la peluang kepada peniaga lain untuk berniaga. Sebagai pengguna, berilah peluang sama rata supaya adil dan saksama. Ini cara PPT sekeluarga kat pasar Ramadhan.
Bab harga nie kadang-kadang makanan sama, rupa sama, bentuk sama tapi ada jurang perbezaan antara 50sen dan RM1. So kenalah pusing seround pasar Ramadhan dan buat keputusan. Nie tak, baru saja mendarat nampak terus beli tak check samada peniaga lain jual makanan harga berapa.
Selain tu jugak, bila kat pasar Ramadhan nie sebagai pengguna ada otak, nak 'parking' kereta atau motorsikal tu pastikan tidak menyakitkan hati orang lain dan 'traffic jam'. Kalau tak yang pakai kereta baru tu nanti adalah tandatangan 'I was here' kat pintu atau kat bonet kereta. So jaga-jaga dan jadilah manusia yang prihatin sikit saja.
Dan tak jugak dilupakan sekarang nie ada musim hujan sikit sebelah petang, kepada pengguna yang menggunakan payung buat berteduh gunalah dengan sebaik mungkin kalau tak ada yang nanti jadi Osman Jailani. Nie tak kalau dah guna, sambil redah cari makan, habih mata semua orang kena cucuk dengan besi payung kat hujung tu.
Setakat nie la dulu, nanti ada update akan diberitahu.....
Cheers....

Khamis, September 04, 2008

STROK - Faktor-Faktor Risiko

Faktor risiko yang tidak boleh dikawal:
- Umur : Kadar strok adalah dua kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun.
- Jantina : Lelaki mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada wanita. Wanita yang menggunakan pil perancang dan merokok mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada wanita lain.
- Diabetes
- Penyakit Strok : Yang berlaku di masa lampau.
- Keturunan
Faktor risiko yang boleh dikawal:
- Darah tinggi : Merupakan risiko yang paling tinggi dan penting untuk strok kerana ianya dihidapi oleh ramai penduduk Malaysia tetapi ianya selalu dapat dikawal. Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risikonya. Sebab utama kadar strok berkurang ialah kerana adanya rawatan berkesan.
- Penyakit Jantung : Jantung yang berpenyakit merupakan satu pam yang lemah dan boleh menjadi sumber darah beku. Beberapa faktor penyakit koronari (aras kolesterol yang tinggi, merokok) juga merupakan faktor-faktor risiko strok.
- Merokok
- Kiraan sel darah merah yang tinggi : Tingginya kandungan sel darah merah adalah satu faktor risiko untuk strok kerana ini menyebabkan darah menjadi pekat dan memudahkan pembentukan darah beku.
- Serangan Strok Sementara (TIA) : Keadaan ini mempunyai ciri-ciri strok tetapi pulih dalam masa kurang 24 jam. Serangan strok sementara adalah amat penting; ia menandakan kemungkinan besar akan berlakunya strok. Ia selalu dirawat dengan ubat menahan daripada berlaku pembekuan darah.

Rabu, September 03, 2008

STROK-Tanda Tanda Amaran

Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba. Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah. Kebanyakan strok berpunca dari darah beku di dalam arteri. Strok adalah antara penyebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia. Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-dua sekali. Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun. Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera. Tanda-tanda amaran strok termasuklah:
- Terasa lemah atau kebas di muka, tangan dan kaki di sebelah badan.
- Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
- Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
- Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.
- Tidak sedarkan diri.
Salah satu tanda pendarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa, yang berlaku dengan tiba-tiba. Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja, tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja. Apabila tanda-tanda diatas berlaku, dapatkanlah rawatan doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah berlakunya strok.
Walaupun tanda-tanda yang serupa boleh disebabkan oleh mabuk arak, ubat berlebihan, reaksi insulin atau penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja. Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sistem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital. Asas-asas utama bantuan hidup adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar. Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku dan jika ini terjadi, saluran pernafasan tersebut mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan.
Cheers....
Dari AHA (American Heart Association)

Selasa, September 02, 2008

Puasa Oh Puasa

Lagak macho Yasir menerima tetamu - Ihsan Paparazi

Maisarah tolong suapkan makanan pada Uncle Yasir yang sakit.

Maisarah dan ayam goreng nya - Kat HAKIM Lama

Kalau hari pertama berbuka Boot sekeluarga pekena SteamBoat, PPT sekeluarga berbuka puasa di restoran rasmi PPT iaitu HAKIM Lama. Bukanlah malas nak masak tapi saja hinggap seketika lepas melawat geng Yasir Foo kat HTAR Klang. Kesian tengok Yasir, sakit tapi kesungguhan nak berpuasa tu kena tunggu la sat naaaa..... Tapi malam semalam Yasir sms kata dah keluaq hospital, tabahkan hati naaa. Ayaq lobak yang Boss bagi tu minum bagi habih tau...
Masa sampai Hakim dalam jam 7.20 malam, orang dah berbuka puasa. Ingatkan tempat penuh tapi Alhamdulillah masih ada yang kosong lagi. Layan dulu Milo dan Teh Ais lepaih tu pekena roti bakar cheese 3 set, nasi kandaq dengan ayam goreng, ikan bawal kari dan sebagainya, sedikit sebanyak menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Ibu Maisarah pulak pekena daging masak kicap dan Maisarah sendiri dengan ayam gorengnya. Hari nie entahlah kat mana pula yea, insyaALLAH kat Putra Perdana la kot.....


Cheers.............................

Mines Wonderland

Water Fountain kat depan sekali....

Dalam Ice Factory-Suhu dari 0 ke 5 darjah sahaja

Syiling pun syiling lah.....

Bagi ikan-ikan makan sikit......

Tengok Orang Murud buat show sikit......

Hari Sabtu lepas PPT sekeluarga bersama-sama MakTok Maisarah aka Mak PPT telah menghabiskan cuti hujung minggu di Mines Wonderland. Tujuan utama kami disana adalah untuk memastikan tiket 'free' tu digunakan sebaik mungkin.
So bagi PPT ini adalah peluang yang dapat digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kualiti masa bersama keluarga digunakan ketika itu. Sebenarnya taman tema nie jugak menarik apabila dikunjung pada malam hari. Tiket dewasa lebih kurang seorang RM35 dan kanak-kanak RM27. Pelbagai tempat telah kami pi dan lebih kurang nie macam senaman la jugak untuk kami semua. Cuma apa yang tersirat dan tersurat kurangnya rakyat Malaysia bekerja dalam taman tema ini. Mana perginya orang kita ?
So cakap banyak pun 'boring' so tengoklah gambar tu yea...
Ingat nak ajak Otai2 seperti yang telah mereka kata nak ikut tapi apa kan daya Lata Hammer memanggil mereka ketika itu.


Cheers.....

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor