Penjengok - Penjengok Tegar
Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves
Khamis, Julai 31, 2008
Anak Ayah Lagi
Du Lu & La Nie
Rabu, Julai 30, 2008
U Jump I Jump
Selasa, Julai 29, 2008
Anak Ayah
Isnin, Julai 28, 2008
Antara Suka, Duka dan Tak Suka
Money Is Not Everything - Part 2
Jumaat, Julai 25, 2008
Masanya Telah Tiba
Khamis, Julai 24, 2008
Money Is Not Everything
Macam-Macam Ada
Selasa, Julai 22, 2008
Malu Bertanya Sesat Jalan
Aku Dah Cakap; Ada Yang Tak Nampak Apa Didepan Walaupun Diberitahu
AHAD 20 Julai 2008 - Selepas ada segelintir bloggers melepak di 'Home of the Reserve' hujung minggu lepas, kami semua telah merancang sendiri aktiviti pra-gathering kami pada hari Ahad lepas. Pada paginya kami sempat membuat senaman ringan di 'Car Boot Sale' Seksyen 13 Shah Alam dan ianya dimulakan dengan menikmati roti telur di Puchong dahulu, lepas tu Mee Kari, Bihun Sup, Laksa, Teh Ais dan Teh 'O' Ais sebelum memulakan senaman di pasar pagi tersebut. Cuaca amatlah panas tapi kami turutkan juga. Yelah kan semua bekas budak FSR. Dengan anak ayah sekali berjalan dalam panas demi menjaga kesihatan. Adalah sedikit barang yang dibeli dengan ikan masin lah, keropok pedas lah dan tidak dilupakan barangan Columbia dan Timberland. Malam semalam WeGreenTheEarth ada maklumkan yang PERLU UiTM akan mengadakan kelas tali dan lain-lain lagi. Tapi bahagian yang paling best adalah mereka lupa untuk meminjam barang. So seperti biasa dari dulu hingga sekarang 'TeamTact' pun sudi menghulurkan bantuan dengan meminjamkan peralatan beliau secara percuma. Kita kan terikut budaya subsidi tapi mengenangkan ianya majlis ilmu, PPT dan keluarga jugak join sekali pada jam 2 petang hari tu jugak. Tapi sebelum tu kami pekena 'ICe Blended' Coffee Bean yang memang sejuk kow-kow buat melepaskan dahaga selepas bersenam tadi.
So petang tu kami semualah turun ke FSR untuk turut sama menjayakan aktiviti ini. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah dan aktiviti tamat lebih kurang jam 6.30 petang. Mungkin bloggers lain akan bertanya mana gambar aksi-aksi semasa aktiviti dijalankan...... So jawapan PPT adalah rasanya tak perlu diletakkan gambar tu semua kerana yang hadir rata-rata bukan ahli tetapi hamba ALLAH yang sudi menimba ilmu dari para ALumni. Aikkk......... mana perginya PERLU UiTM terutamanya MT MT yang di sanjung tinggi? Pelik tapi benarkan. Program PERLU UiTM yang dirancang tetapi yang hadir adalah golongan lain. Dahlah barang pun dipinjamkan percuma dari luar tapi inikah budaya yang kini dibawa? So bila PPT teringat balik kata-kata Boss dulu TAKPA dan TAKPA. Mungkin yang tak datang tu pertama, ada urusan Seri Paduka Baginda, kedua ada urusan kematian, ketiga ada urusan praktikal dan keempat majlis ilmu ketika itu tidak memanfaatkan para-para pemegang jawatan dalam PERLU UiTM. Adakah semasa itu Alumni cuba menjadi lebih sudu dari kuah ketika majlis ilmu itu berlangsung? Rasanya tidaklah.
Mungkin HalaTuju sudah berubah seperti mana ada ahli telah berbisik yang mereka tidak memerlukan Alumni PERLU UiTM tetapi ada jugak yang amat memerlukan para Alumni yang dituduh mengganggu PERLU UiTM.... Bukan lah PPT nak membangkitkan semula isu-isu lepas tetapi hakikat adalah hakikat...... Mungkin Hala TUju dah berubah apabila dah menang di 5 negeri.....
Tiada apa yang ditakutkan dalam hal nie cuma satu saja; adakah PERLU UiTM akan berjaya membawa halatuju positif dalam tahun ini? Macam PPT penah dengar orang-orang tua bercakap. Nak buat kenduri tu memang senang sangatlah tetapi nak kendarakan kenduri tu banyak mentara yang takut nak pikul tanggungjawab. Harap-harap aktiviti minggu ini akan diberkati ALLAH walaupun 'Kalau Begini Perangainya'.......
Terima kasih kepada yang telah berjaya menghadirkan diri pada Majlis Ilmu tersebut walaupun anda pelajar atau bukan pelajar.
Macam Boot penah cakap pada PPT; Trust to ALLAH, To me Not, To you better Not.
Cheers .........
Isnin, Julai 21, 2008
Multi-Purpose
Sabtu, Julai 19, 2008
Win, Loose or Draw
Jumaat, Julai 18, 2008
Khabar Dari Tasmania
KELUARGAKU - Mungkin Jazmina di sekolah dia kot ....
Satu Hati Satu Matlamat
Rabu, Julai 16, 2008
Ownership
Isnin, Julai 14, 2008
Jangan Lalai Akibat Kebebasan Di Universiti
Informasi paling penting dalam petikan ini adalah ke mana halatuju mahasiswa dan mahasiswi yang masih 'fresh' ibarat kain putih yang belum diwarnakan.
PPT ada jugak melawat blog-blog baru seperti PPT jugak dari pelajar-pelajar Boss yang baru dimana mereka ini akan menyatakan segala yang tersurat dan tersirat dalam blog masing-masing. Memang best idea dari Boss kerana zaman PPT sendiri tiada kemudahan macam nie tetapi selepas melihat penggunaan bahasa budak-budak baru nie, PPT yang tak pandai Bahasa Malaysia pun 'confuse' dengan jenis bahasa yang digunakan. Terlampau banyak guna singkatan sampai tak paham langsung apa yang nak disampaikan. Mungkin ini salah satu kejutan budaya yang diperkatakan oleh Tan Sri Arshad Ayub. Sepatutnya penyampaian dalam blog membolehkan orang lain paham apa yang ingin disampaikan tapi entah la mungkin akan ada perubahan yang akan dilaksanakan. Kalau PPT sendiri baca tak paham, orang lain tak tau lah macam mana kan. Sekarang nie pun kalau silap cakap nanti ada manusia 'ukur baju dibadan sendiri' akan lantang bercakap pulak. Biasa lah cakap belakang saja berani menempelak cakap depan entah lah bila pulak.
Bab halatuju nie mungkin untuk junior FSR yang minat rekreasi dapat mula menjinakkan diri dengan teori-teori dalam rekreasi sebelum mengikuti kelas Boss sendiri. Tetapkan minda untuk mendalami bidang ini dan mendapatkan tahap kompeten yang sedia ada dalam Malaysia. Dengan membuat persiapan awal, rasanya tahap pemahaman akan lebih baik dan tak lah blurr dengan istilah seperti PFD, Bowline dan lain-lain lagi.
Sebenarnya bagi PPT sendiri, rekreasi telah banyak membentuk individu PPT sendiri. Kalau dulu PPT nie manusia yang tak kan 'tuck-in shirt' tapi sekarang kalau tak buat macam tu, akan rasa macam ada yang tak kena. Selain itu jugak kalau dulu 'doa makan' hanya dibaca apabila pi 'camping' tapi sekarang dah jadi ikutan harian. Rekreasi membentuk PPT dari manusia yang tak suka berfikir kepada manusia yang suka fikir jauh. Yang paling penting dalam istilah hajatuju nie adalah bagaimana kita dapat 'adapt to changes' dalam hidup. Alumni PERLU UiTM sendiri macam macam kerenah ada tapi apabila berjumpa untuk majlis atau aktvt rekreasi, semua akan 'follow through' seperti sekarang. Dengan Abe yang macam tu, Azmie yang macam nie, Shawn yang sibuk dengan tugas harian, Yasir, Mus dan lain lain lagi masih meletakkan rekreasi sebagai salah satu cabang dalam hidup mereka. PPT sendiri kalau orang tahu apa pekerjaan sekarang tentu akan terkejut tapi inilah 'outcome' dari rekreasi.
Yang ingin diperkatakan dalam tatapan kali ini adalah semua dan apa sahaja bergantung kepada sendiri untuk menentukan ke mana kita akan pergi atau apa kita akan jadi bila dah habis belajar...
Cheers ....
Raplah Jingga
PPT sendiri sahaja merahsiakan kemunculan blog PPT agar kengkawan discover sendiri. Tapi baguih jugak Boot pecah lubang. Mungkin dia bosan tunggu orang lain discover sendiri. Cuma dia dan Azmie yang telah dapat menggunakan K9 unit dan mengesan blog PPT.
Bab berita panas yang Tropic Puppet dan ANdainya Ku Tahu dapat, rasanya manusia tu memang nak kan perhatian. Mungkin sebelum nie dia tidak mendapat perhatian sewajarnya dari Alumni atau PERLU UiTM. Rasanya bagus jugak PPT tahu sapa manusia ini kerana dia ada membangkitkan isu 2002. PPT nak tahu jugak kenapa cara dia mengugut menggunakan isu 2002, banyak lagi cara yang boleh digunakan tapi dia menggunakan isu ini. Ini satu clue yang berguna utk PPT dalam hal nie. Macam kebiasaannya, kalau rasa tak bersalah dan berada dipihak yang benar, mari kita berjumpa dan permudahkan apa yang telah diperpanjangkan.
Rasanya penglibatan PPT dalam PERLU sejak dari 1999 hingga sekarang dan boleh dikategorikan sebagai penyimpan rekod nie masih lagi ingat semua isu-isu yang berlaku. Manusia yang bersuara lantang tu apabila mengetahui komen hari ini, marilah kita menarik semula apa yang telah tertolak.
So rasanya ini menjawab tajuk post hari nie.
Cheers ...
Jumaat, Julai 11, 2008
Cakap Tak Serupa Bikin
Dalam hal nie, komen Azmi memang tahap ALumni lah dan Azmi bukan macam dulu lagi.
Itu yang menghairankan PPT, semalam masa dok tanya ada tak sapa-sapa nak cakap apa-apa atau nak komen tentang ALumni, semua diam tanda setuju.
Rintihan dan tak puas hati dilemparkan dalam blog.
Nasihat PPT tak kira orang tu lelaki atau pompuan, kalau betul orang tu penggiat rekreasi dan mula jadi pemimpin, kenapa tak ajak berjumpa dan sama-sama kita kurangkan berapa banyak 'loop hole' yang ada. Rekreasi di Malaysia masih perlu dipertingkatkan dan ianya bermula dengan penggiat.
Memang betoi apa yang PPT kata semalam, junior sekarang Cakap Belakang Terror, Cakap Depan Tak Mau.
Kesian ALumni semalam, nak bantu dengan cara macam tu, ini yang depa dapat. Tak tau lah apa komen Boss dalam hal nie. Macam Boss kata Budi Dah Ditabur tapi hasilnya .......
PPT akan update all bloggers tentang identiti manusia yang komen dalam Tropic Puppet. PPT minat nak jumpa dan belajar dari orang nie mana tau Alumi yang attend semalam masih 'kurang diajar'
So tunggu lah perkembangan hal nie itupun kalau manusia tu sanggup nak jumpa PPT.
Cheers ...........
Mata Nie Macam Ada Gam Lah....
So kerana nampak sangat tampok pemerintahan kelam kabut dan perangai macam budak sekolah, PPT terpaksa menjadi Belanda dan Hijack meeting tu. Alumni lain mintak meeting formal tu dipercepatkan dan lepaih tu sesi bersama Alumni PERLU UiTM.
Tunggu punya tunggu punya tunggu maka masanya telah tiba.......
Tanya punya tanya punya tanya takdak sapa pun boleh jawab soalan dari Alumni dan PPT....
Mmg blurrr tahap kangaroo dan terus menampakkan yang depa nie mmg keras kepala dan hanya bangga dgn status hidup berpersatuan. Yang tu tak tau, Yang nie tak tau dan akhirnya lepaih kena bambu dan kena 'sound' masa sesi Bisik-Bisik Rekreasi, habih juga agenda sampai jam 2 pagi.
Nampak macam akan ada perubahan tapi tengoklah macam mana samada akan ada ke tak nanti. Dalam erti kata lain takut jadi "Cakap Tak Guna Tembak Tak Kena" tapi harap-harap akan berubah lah insyaALLAH.
Tu yang la nie mata nie asyik nak pejam menahan ngantuk tapi apa kan daya demi kemajuan dan perkembangan rekreasi Malaysia, PPT turutkan juga sampai habis.
Junior-Junior Ku, Ubahlah Diri Sendiri dahulu kalau nak Environment jugak akan berubah dengan sendirinya.........
Cheers .......
Khamis, Julai 10, 2008
Mata Bertentang Mata
Kalau PPT dah kena macam nie, Boss dan Alumni lain macam mana pula dijemput?
Nak kata Bodoh Sombong rasanya adik PERLU nie pandai belaka dan tak lama lagi dah nak jadi mahasiswa.......
Tengoklah result yang akan dimaklumkan esok.......
Cheers ....
Selasa, Julai 08, 2008
Panjang Akal
Tak sangka orang rekreasi dapat jugak menghasilkan sesuatu yang unik dan tersendiri. Kepada Tuan Azmi PPT memang nampak hang nie ada bakat dan teruskan menghasilkan ciptaan tersendiri.
Cuma nak cadang Tuan Azmi kalau boleh bagi grafik baguih punya utk nak buat t-shirt untuk Alumni PERLU UiTM nanti insyaALLAH dalam tahun nie.
Nak tunggu PERLU UiTM punya t-shirt dan lain-lain tahun nie nampak gayanya kalau PPT simpan rambut panjang belum tentu masa cukup untuk depa nak plan dan rancang.
Masing-masing sibuk dengan kemahiran masing-masing memencilkan diri dan rasa depa nie best sangat.
So Tuan Azmi, bila dah ada tolong habaq mai kat PPT naa...
Cheers .....
Isnin, Julai 07, 2008
Tak Sudah Sudah
Tapi seperti biasa, Boss suka layan dulu perangai depa nie mula-mula tapi bila dia dah hilang sabaq, habih semua nanti terpelanting. Tak percaya cari alumni batch Talang dan tanya depa semua.
Nak tanya PPT manalah ada nama dalam batch. Masuk UiTM tahun 1996 dan keluaq tak salah tahun 2002. Mana ada batch macam geng Banding, Tioman, Perhentian, Janda Baik, Pangkor dan lain-lain lagi.
Takpa, macam Boss dok kata masa kat Aussie, Takpa kita cuba dulu. So PPT pun kata Takpa kita wait and see.
Tapi macam biasa kalau Boss perlukan bantuan selain dari bantuan pakar-pakar dari PERLU UiTM, alumni yang dah nak expired nie insyaALLAH akan turun padang dan tolong yang mana mampu.
Cheers.....
Hari Nie Dalam Sejarah
Memang betoi apa yang dikata.
Orang pertama dalam geng REC dah mula bagi komen dalam blog.
Sapa lagi kalau bukan Boot aka geng Boss.
Memang dia dok tunggu kemunculan Blog aku la nie.
Dan dia orang pertama yang perasaan selain isteri ku tercinta.
Memang rasa semacam bila ada orang lain mula komen, syukur baguih jugak aku terima nasihat dan pandangan Boot.
Tapi tak tau Boss dah tau ka belum.....
Boss dari dulu dok kata bila nak ada bila nak ada.......
Tu diaa ...... Dah Mai Dah.
Cheers.....
Jumaat, Julai 04, 2008
Akhirnya Ku Turuti Jua
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul......
Akhirnya aku telah berjaya menghasut diri sendiri untuk menjadi bloggers bersama rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam arena.
Terdetik bila salah sorang kawan lama aka Geng Jedi jugak bagitau yang kebanyakan orang pandai menulis sampai menghasilkan buku sendiri adalah mulanya dari blog.
Moga-moga paksaan pada diri sendiri ini akan memanfaatkan aku suatu hari nanti.
Wassalam,
PPT