Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Sabtu, Oktober 23, 2010

Hentam Saja La....



Salam semua,
Baru lah PPT dapat nak update blog kali nie. Memang la sejak virus FB ada atas muka bumi ini memang la malas sangat nak update blog. Jadinya paksakan diri dan cuba jugak untuk tulih yang mana sempat.
Awal bulan sepuluh hari tu PPT dengan geng badminton mingguan bertandang ke Bangkok (BKK) untuk menyertai perlawanan bersahabatan dengan geng Thailand. Kami ke sana pada lapan haribulan dan balik sepuluh haribulan oktober.
Akhirnya setelah berhempas pulas, pasukan kami kalah dengan agregat empat satu tapi apa yang bangganya adalah dapat bermain badminton di luar negara walaupun dengan kos sendiri. Antara kisah teladan untuk persiapan tahun hadapan:
- Pasukan Dream Team kami kena berlatih atas semua jenis 'surface' termasuk simen dan rubber court. Semasa game, kami lawan atas lantai simen walhal selama ini latihan kami selama enam bulan atas gelanggang parkir.
- Pasukan kami jugak kena berlatih menggunakan semua jenis 'shuttlecock' pasai selama nie berlatih dengan yang Cap Ayam sahaja. Masa perlawanan geng Thailand guna Yonex gred satu yang untuk peringkat antarabangsa sahaja.
- Baru la PPT tahu macam mana perbezaan kemudahan sukan di Malaysia dan Thailand. Nampak sangat kemudahan kita memang tip top.

Sekian, majulah sukan untuk semua..

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor