Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Jumaat, Julai 31, 2009

Isnin, Julai 13, 2009

Agaknya Hirudo Medicinalis

Sedapnya dapat 'parking'

Separuh masa pertama....

Separuh masa kedua.....

Darah pekat dan berwarna gelap......

Inilah geng-geng yang hisap darah PPT....

Hari Ahad lepaih PPT telah mencuba salah satu rawatan alternatif untuk mengurangkan sakit-sakit badan serta 'border line' BP PPT. So kaedah yang telah dicuba adalah bekam-lintah la....
Sebelum menjalani kaedah ini, tauke kedai telah ambik BP dan mintak PPT mengisi borang untuk mengetahui sebarang history kesihatan PPT tapi yang diketahui hanyalah BP.
So lepaih tu bermula lah proses terbabit, mau jugak kat 45 minit lintah tu nak melekat dan mula menghisap darah. Mungkin disebabkan masih mamai dan belum bangun tidoq lagi kot. Sebanyak 6 ekor telah digunakan termasuk bekam guna 'suction'.
Selepas proses selesai lebih kurang dalam 3 ke 4 jam, so semua luka telah dicuci dan segala protokol kebersihan telah dilaksanakan. PPT jugak telah dibekalkan dengan sebotoi minyak lintah untuk mengubati luka terbabit. Tapi tauke tu cakap minyak lintah tu jugak orang lelaki guna untuk tujuan 'improvement'. Mula lah akal PPT terbang ke arah lain..... GURAU aja lah... PPT ambik pakej 10 ekor lintah dan ada 'balance' 4 ekor lagi. InsyaALLAH PPT akan mencuba amalan ini sebulan sekali bagi membantu mengurangkan toksik dalam badan serta lain-lain.
Untuk sebarang maklumat lanjut, lompat pi ke http://bekamnajaha.blogspot.com/ untuk mengetahui dan mempelajari teknik ini dan kalau berani lompat mai Putra Perdana cuba try test... Wassalam
Penjengok-Penjengok Tegar

Jumaat, Julai 10, 2009

InsyaALLAH Bulan Depan....

Salam semua,
Kita dijangka akan menyambut bulan puasa sedikit masa lagi dan harap-harap kita semua sempat lagi menyambut Ramadhan tahun ini.....
Tapi mungkin tahun nie sambutan mungkin secara sederhana saja kot pasai ekonomi dok gawat tak ok ok lagi dan dok asyik unpaid leave sampai hujung tahun nie. Tapi TAKPA janji masih ada lagi kerja untuk dipikul.....
Sapa belum lagi bayaq puasa tahun lepaih - masih sempat lagi nie....
Sapa yang dah bayaq puasa tahun lepaih - syukur pada ALLAH S.W.T

Khamis, Julai 09, 2009

Lorong Buah Pala - Pulau Pinang


Salam semua,
Rasanya dah lama sangat PPT mendiamkan diri dalam industri berblog nie pasai rasanya akibat bebanan kerja dan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan... Tapi TAKPA lah syukur pada ALLAH kerana masih bernyawa lagi dan dimurahkan rezeki insyaALLAH.
Pasai berita panas tentang apa yang sedang berlaku di Pulau Mutiara nie sebenarnya keluarga PPT pun merupakan antara yang terlibat secara langsung dalam situasi ini kerana arwah tok PPT Puan Fatimah Bee binti Naina Mohamad adalah anak jati kat kawasan nie jugak. Disinilah mak PPT serta lain-lain membesar. PPT, Kak Ina dan Kak Chik tidak terkecuali membesar dikawasan ini dimana dulu kami adik-beradik kena tinggal dengan arwah Tok kalau mak bapak kami kerja. Bayangkan lah tinggal kat rumah tok penuh dengan tingkap tapi takdak langsir, bermalam dan tidur menghadap tingkap. Itu tak termasuk dengan bunyi-bunyi 'geng-geng' tu. Dah lah rumah tok jamban dan tempat mandi dengan kolah besaq kat luar rumah, kena la trekking sikit tapi yang pastinya waktu malam memang tak pi kencing pasai seram sejuk nak keluar rumah ke jamban. Kolah mandi kat rumah tok rasanya ada la panjang dalam 15 meter siap boleh buat 'free style' masa tu. Tapi kalau masa tu arwah tok dapat tau memang kena pukui la jawabnya. Disini lah jugak PPT belajaq bahasa Tamil dengan kawan-kawan sekolah rendah (SRK Bukit Gelugor) seperti Ravi, Puvanan, Prabakaran dan lain-lain lagi.
Tapi takdak lah timbul nama Kampung Buah Pala cuma yang sahihnya cuma Lorong Buah Pala. Tanah kat sini semua jenis TOL iaitu perlu membayar sewa tanah setahun sekali. Tapi selepas arwah meninggalkan kami sekeluarga pada 2004, semua urusan telah pun diketuai oleh ibunda Puan Aisha binti Sulaiman dan sekarang nie dibantu sepenuhnya oleh PPT sendiri selepas ketiadaan ayahanda Tuan Othman bin Hajid.
Yang buat jadi ramai nie adalah pasai ada yang degil tak mau keluar dari kawasan tu walaupun dah dijanjikan wang ringgit dan rumah mengikut jumlah keluarga. Kami sendiri pun dulu ketegag jugak tapi memandangkan kawasan tu penuh dengan anai-anai dan sistem peparitan yang tidak memuaskan; rumah arwah tok dirobohkan dan kami menerima pampasan seperti yang dijanjikan.
La nie apa yang berlaku adalah depa nie semua suka buat ramai tak mau keluaq dari situ. Masa berpuluh kali meeting dulu semua dah sepakat tapi ada pihak yang suka cucuk jarum dan dah jadi hal semula. Pasai depa punya pasai semua perancangan termasuk pampasan dah terhenti seketika sampai la nie.
Ini lah masalahnya bila ada pihak luaq suka campur tangan dan suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi. Jangan la sampai kami sekeluarga kena naik turun semula jumpa lawyer dan kena re-start semula semua proses yang dah selesai.
Moga Arwah Tokwan PPT, Arwah Tok PPT dan arwah ayahanda PPT ditempatkan dikalangan orang-orang yang mulia dan dimasukkan ke syurga insyaALLAH, AMIN. I will see your all one day.....

Penjengok-Penjengok Tegar

Selasa, Julai 07, 2009

Sepupu Jumpa Sepupu - 05 Julai 2009

Jazmina - 6 tahun, Wan Nurul Maisarah - 2 tahun, Jazman-4 tahun

Tunjuk Gigi

Muka Selamba

Senyum Seribu Makna

Friends Forever..

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor