Penjengok - Penjengok Tegar

Do More Than I Have To, More Than I Share, As Well As I Can

Some People Better Everything In Their Lives Except Themselves

In Life, What Sometimes Appears To Be The End Is Really A New Beginning

Isnin, Mac 23, 2009

Dengar Sini Orang-Orang Kampung



Salam semua,
Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Selangor berhasrat untuk mengadakan 'Gathering 2009'. Berikut adalah maklumat yang telah dalam cadangan:

- Tarikh - 5, 6 dan 7 JUN 2009.
- Tempat - Belum ditentukan lagi. Kriteria lokasi perjumpaan adalah kita memerlukan tempat yang ada 'swimming pool' yang boleh mandi tanpa had masa, dorm atau chalet murah-murah untuk tempatkan lebih kurang 50-70 orang, tempat BBQ yang boleh guna siang dan malam, sistem karaoke, bilik atau tempat untuk mesyuarat dan perjumpaan, kawasan untuk sukan rakyat serta tidak dilupakan tempat letak kereta yang selamat dan mudah untuk 'loading' barang.
- Objektif - Salah satu saluran untuk lebih kenal antara satu sama lain.
- Kumpulan sasaran - Ahli PERLU Selangor yang dihormati, Alumni PERLU UiTM yang disayangi, Ahli PERLU UiTM yang pandai ikut rentak, Konsultan-konsultan rekreasi yang sehati sejiwa, Ahli keluarga tercinta dan mereka-mereka yang sewaktu dengan nya.
- Bayaran Pendaftaran - Cadangan untuk RM25 seorang dewasa. Kanak-kanak PERCUMA. So dah boleh mula kumpul duit dari sekarang.
- Penganjuran - Kemungkinan besar kerjasama antara PERLU Selangor dan PERLU UiTM. Cik Echah dari PERLU UiTM akan berhubung terus dengan Setiausaha PERLU Selangor.
- Tentatif Program - Pendaftaran, Mari Mengenal, Mesyuarat Tahunan, Amanat YDP, Malam Seribu Impian, Sukan Rakyat, Kenalilah Raja Buah-Buahan, Sayonara dan lain-lain lagi.
- Moto - 'We Are What We Think'

PERLU Selangor memerlukan maklum balas dari semua untuk cadangan tempat dimana kita mengharapkan aktiviti kali ini dapat mengumpulkan seluruh 'geng-geng' di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Untuk mengemukakan sebarang soalan/cadangan tempat/pendaftaran sila lah berhubung terus secepat mungkin dengan Setiausaha PERLU Selangor ditalian +6 019-5082990.
Besarlah harapan kita semua agar perancangan aktiviti ini menjadi kenyataan kerana ianya memerlukan bantuan semua.
THINK GLOBAL NOT LOCAL.
Cheers......

Jumaat, Mac 13, 2009

Kerana Pulut,Santan Yang Binasa, Kerana Perbuatan,Orang Lain Yang Binasa


Cakap Tak Guna, Tembak Pun Tak Kena.
Alkisah. Nak ditakdirkan ALLAH S.W.T tak jadi la PPT nak bantu Final Camp semester nie. Cakap salah tak cakap pun salah tapi PPT terima takdir ini.
Ada ka patut surat pelepasan sampai kelmarin iaitu hari Khamis walhal program mula minggu nie? Mana ada majikan nak lepaskan kakitangan kalau surat sampai lewat.
Mintak alamat tu lah, nombor fax lah dari minggu lepas. Lepaih tu mintak lagi benda-benda macam tu dari hari ke hari. Ingatkan mintak minggu lepas surat sampai awal. Ini lah manusia yang takdak tanggungjawab menjalankan amanah yang telah diberikan. Macam-macam alasan diberikan tapi perangai macam budak tak pi sekolah langsung. Ada ka orang lupa nak makan? Ada ka orang lupa nak tidur? Pelik kan cara boikot macam nie.
Ingatlah kita semua kalau tak boleh pikul amanah jangan diambik tanggungjawab tu. Kalau tak tahu bertanya lah dan jangan jadi BODOH SOMBONG. Jangan dianiayai orang lain yang dari Selasa lepas dah pack barang dan sedia untuk berkhidmat. Belajar lah untuk buat sesuatu dengan niat bersih dan tiada sebarang kemungkinan lain.
Kesian kan kat PPT, apa nak buat dah orang tak suka kita so nama kita pun jadi last lah. Cobaannnnnn. Sorry lah tak leh tulih banyak-banyak nanti ada administrator kata PPT tak kompeten pulak...
Kepada yang telah berjaya mendapat pelepasan, PPT doakan kalian berjaya yeaaaaa.....
KISAH TELADAN YANG INGIN DIKONGSI - Kalau takdak Ownership dan Discipline of Execution jangan lah cuba sesuatu perkara yang akan babitkan orang lain. Dan lagi satu kalau tau dah buat salah berani la cakap perkara benar dan jangan off handphone atau tak jawab call orang lain.
Renung-Renungkan.....
Cheers....

Selasa, Mac 10, 2009

Calling Calling


Seperti biasa Final Camp akan menjelma lagi insyaALLAH bermula minggu nie di Janda Baik, Negeri Pahang Darul Makmur. Nampak gayanya bantuan kepakaran Alumni PERLU UiTM dikehendaki bagi memastikan semua objektif dan perancangan kena pada hari dan waktunya.
PPT menyeru mana-mana yang free dari 14hb-21hb turun dan sama-samalah kita bantu mereka dan kumpulan mereka.
Boleh lah teris telepon Boss untuk keterangan lanjutan. TQ

Cheers.....

Disember2006-National Outdoor Instructor

Disember2006-National Outdoor Instructor